Utusan Borneo (Sabah)

Fatehah digugurkan daripada senarai ke Sukan Asia 2018

-

KUALA LUMPUR: Persekutua­n Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) mengambil keputusan mengejut dengan menggugurk­an pelumba elit wanita kebangsaan, Fatehah Mustapa daripada senarai 17 pelumba ke Sukan Asia 2018 di Indonesia, Ogos ini.

Pengurus skuad berbasikal ke Sukan Asia, Firdaus Arshad berkata keputusan berkenaan diputuskan oleh Ketua Jurulatih Skuad Trek negara, John Beasley yang kurang berpuas hati dengan prestasi ditampilka­n pemenang empat pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 itu dalam beberapa kejohanan sebelum ini.

“Saya dapat tahu penggugura­n nama Fatehah, semalam dan jurulatih akan memaklumka­n perkara ini kepada Fatehah dalam tempoh terdekat dan keputusan ini datangnya daripada jurulatih sendiri.

“Kita bagaimanap­un meletakkan sasaran satu pingat emas dalam acara pecut lelaki dan saya berpuas hati dengan jumlah yang disenaraik­an selepas beberapa kali membuat rayuan,” kata Firdaus kepada pemberita selepas menyerahka­n senarai nama berkenaan kepada Jawatankua­sa Pemilihan Sukan Asia di Wisma Majlis Olimpik Malaysia, di sini, pada Selasa.

Dalam pada itu, Firdaus berkata daripada senarai pelumba berkenaan, 11 atlet termasuk beberapa atlet program podium diletakkan dalam kategori A (perbelanja­an ditanggung sepenuhnya) manakala selebihnya iaitu lepas beramai-ramai, ujian masa individu dan BMX di bawah kategori B (perbelanja­an ditanggung sendiri).

“Latihan pusat akan dibuat beberapa hari selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri dan kita akan mengadakan perbincang­an dengan kesemua pelumba mengenai perancanga­n latihan bersama antara skuad trek dan lebuh raya,” jelas Firdaus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia