Utusan Borneo (Sabah)

Lori bertembung kereta: Seorang maut, pemandu kereta parah

Seorang penumpang wanita maut manakala pemandu kereta parah

- Oleh AMIR ANUAR

SEMPORNA: Seorang wanita maut dalam kemalangan melibatkan perlanggar­an antara sebuah lori dan kereta di KM47 Jalan Semporna-Tawau, di sini, kira-kira jam 4.10 petang Selasa.

Ketua Polis Daerah Semporna Supt Peter Umbuas berkata mangsa, Rafeah Dumpas, 58, yang duduk di

Pemandu kereta, lelaki berusia 23 tahun, mengalami kecederaan parah, manakala pemandu lori, lelaki, 31, penumpang lori, lelaki, 27, dan seorang lagi lelaki, 22, tidak mengalami kecederaan

SUPT PETER UMBUAS Ketua Polis Daerah Semporna kerusi penumpang kereta dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

”Pemandu kereta, lelaki berusia 23 tahun, mengalami kecederaan parah, manakala pemandu lori, lelaki, 31, penumpang lori, lelaki, 27, dan seorang lagi lelaki, 22, tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Beliau berkata polis menerima panggilan pada jam 4.20 petang berhubung kemalangan yang berlaku sebelum siasatan dijalankan di lokasi kejadian oleh pegawai bertugas.

Menurutnya, siasatan awal menunjukka­n kemalangan berlaku semasa lori yang dalam perjalanan dari Semporna ke Tawau bertembung dengan kereta dari arah bertentang­an.

“Semasa lori tiba di lokasi kejadian, sebuah kereta yang tiba-tiba dalam keadaan tidak terkawalse­lepasmenai­kibukit, memasuki kawasan laluan lori sebelum bertembung.

“Bagaimanap­un, siasatan polis berhubung kes kemalangan ini masih lagi kita teruskan dan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

 ??  ?? PENUMPANG kereta, Rafeah Dumpas, 58, meninggal dunia di lokasi kejadian.
PENUMPANG kereta, Rafeah Dumpas, 58, meninggal dunia di lokasi kejadian.
 ??  ?? KEMALANGAN yang berlaku di KM47 Jalan Semporna-Tawau, kira-kira jam 4.10 petang Selasa.
KEMALANGAN yang berlaku di KM47 Jalan Semporna-Tawau, kira-kira jam 4.10 petang Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia