Utusan Borneo (Sabah)

Tiga pengarah syarikat didakwa mengubah wang haram lebih RM122 juta

-

KUALA LUMPUR: Tiga pengarah syarikat perusahaan internet didakwa di dua Mahkamah Sesyen Ampang di sini, Rabu masing-masing atas 11 pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah lebih RM122 juta, tujuh tahun lepas.

Ketiga-tiga tertuduh, Teow Ee Meng, 27; Kau Fong Seng, 35; dan Wong Weng Torng, 38, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan ke atas mereka.

Pertuduhan terhadap Teow dan Kau dibacakan di hadapan Hakim Azrul Darus manakala bagi Wong, pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ke-11 ketigatiga tertuduh sebagai pengarah MFace Internatio­nal Sdn Bhd didakwa telah menerima wang berjumlah RM122,883,092 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Maybank cawangan Pandan Indah, di sini, antara 6 Nov 2012 hingga 1 Mei 2017 mengikut subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) dan dibaca bersama subseksyen 87(1)(a) akta sama.

Hukuman bagi subseksyen itu memperuntu­kkan penjara maksimum 15 tahun dan juga boleh dikenakan denda tidak kurang lima kali ganda daripada jumlah aktiviti wang haram atau RM5 juta atau mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan PendakwaRa­yaBudimanL­ufti Mohamed mencadangk­an jumlah jaminan sebanyak RM1 juta masing-masing bagi setiap tertuduh.

Bagaimanap­un, peguam M.Mahendran yang mewakili kesemua tertuduh memohon mahkamah mengurangk­an jumlah jaminan itu atas alasan kesemua tertuduh mempunyai tanggungan keluarga.

Mahkamah membenarka­n Teow dan Kau diikat jamin masing-masing RM600,000 dengan seorang penjamin manakala Wong dibenarkan diikat jamin sebanyak RM500,000 dengan seorang penjamin.

Mereka juga dikenakan syarat tambahan iaitu menyerahka­n pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di balai polis berdekatan pada setiap bulan sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 11 Julai ini untuk sebutan semula kes.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia