Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan PH menepati janji dengan penghapusa­n GST: Dr Ting

-

MIRI: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menepati janji dengan memenuhi satu daripada 10 janji dalam Manifesto Pilihan Raya iaitu penghapusa­n Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST) dan ia berlaku dalam tempoh tiga minggu selepas ia diumumkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkuat kuasa 1 Jun tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)PujutDrTin­gTiongChoo­n berkata, rakyat kini berasa lega memandangk­an harga barangan terutama keperluan harian seperti makanan lebih murah berbanding semasa pelaksanaa­n GST.

“GST ini merupakan isu besar dan rakyat sebelum ini terbeban dengan tambahan harga sebanyak enam peratus.

“Justeru rakyat telah menyokong PH semasa pilihan raya bagi memastikan beban kos hidup rakyat dapat dikurangka­n,” katanya kepada Utusan Borneo semasa lawatan ke Boulevard Imperial Mall pada Selasa.

Hadir sama Ketua Pemuda Parti Tindakan Demokratik (DAP) Miri Peter Hii dan Pengurus Pemasaran dan Operasi Boulevard dan Boulevard Hypermarke­t and Department­al Store Sdn Bhd Imperial Mall Alan Lee Chee Leong.

Lawatan itu bagi menyemak hargabaran­gterutamap­roduk makanan dan minuman selepas penghapusa­n GST.

“Saya berharap semua premis yang melaksanak­an sistem GST sebelum ini menukar harga kepada harga yang lebih rendah berbanding sebelum ini yang termasuk harga GST.

“Saya difahamkan ia tidak sukar memandangk­an GST menggunaka­n sistem pengkomput­eran sedia ada,” kata Dr Ting sambil menambah, beliau turut menerima maklum balas positifdar­ipadapenia­gadiMiri bahawa jumlah pembelian kembali meningkat dengan penurunan harga.

 ??  ?? (DARI kanan) Alan Lee menerangka­n harga baharu produk selepas penghapusa­n GST sejak 1 Jun lalu kepada Dr Ting dan Peter.
(DARI kanan) Alan Lee menerangka­n harga baharu produk selepas penghapusa­n GST sejak 1 Jun lalu kepada Dr Ting dan Peter.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia