Utusan Borneo (Sabah)

Polis AS tahan 11 lelaki miliki, edar pornografi kanak-kanak

-

Sebelas lelaki dari Florida, termasuk pekerja Disney dan Legoland selain seorang sukarelawa­n untuk Pengakap, telah ditangkap kerana memiliki dan mengedar pornografi kanak-kanak, kata polis pada Selasa.

Sebanyak 660 pertuduhan setakat ini telah dikenakan ke atas 11 suspek tersebut dalam operasi yang digelar ‘Guardians of Innocence II’ oleh jabatan polis Polk County di tengah Florida dan dijalankan sepanjang bulan Mei.

Syerif Grady Judd berkata: “Selepas kita menyampaik­an waran geledah dan merampas alat yang digunakan oleh suspek ini untuk memuat turun dan mengedar pornografi, kita akan menjalanka­n analisis forensik yang lengkap.

“Kemungkina­n besar kita akan menambah lebih banyak pertuduhan yang ada kaitan dengan jenayah pemilikan dan pengedaran gambar dan video kanak-kanak yang didera secara seksual.”

Judd menambah kebanyakan bukti yang dikumpul setakat ini melibatkan bahan yang diketahui polis sebelum ini. Ia tidak jelas sama ada penduduk tempatan turut menjadi mangsa ataupun tidak, tetapi ia masih menjadi sebahagian daripada siasatan.

Lelaki-lelaki yang ditangkap termasuk Roger Catey, 53, yang bekerja sebagai pengurus projek dalam jabatan kostum di Disney World, sebuah taman tema di Orlando yang menarik jutaan kanak-kanak dan keluarga setiap tahun.

Rickie Vargas-Garcia, yang berusia 30 tahun dan merupakan seorang pembina Lego untuk Merlin Entertainm­ent yang memiliki taman tema Legoland, mengakui melanggan kanak-kanak untuk gambar bogel dalam talian.

Edward Zaborowski, 48, ditangkap memiliki gambar lucah kanak-kanak berusia di antara empat hingga enam tahun. Seorang penjaga bar, dia juga merupakan seorang sukarelawa­n bagi Pengakap, kerana anak lelakinya adalah seorang ahli.

Judd berkata: “Ibu bapa, anda perlu tahu ke mana anak-anak anda pergi dalam talian, kerana di mana sahaja anak anda berada, pemangsa juga ada.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia