Utusan Borneo (Sabah)

Abu Bakar puji komitmen pemain muda

-

IPOH: Pengendali PKNP FC, Abu Bakar Fadzim menghambur­kan pujian terhadap komitmen yang ditunjukka­n para pemainnya selepas membenam Terengganu 2-1 dalam aksi Liga Super 2018, di Stadium Ipoh pada Selasa.

Beliau berkata setiap pemain mengikut arahan dan taktikal yang direncanak­an sehingga berjaya memadam defisit kelebihan satu gol dimiliki Terengganu pada separuh masa pertama.

“Saya amat berpuas hati dengan keputusan yang dicipta selepas dua perlawanan terdahulu menentang Pahang dan Perak kita gagal mengutip sebarang mata.

“Saya juga gembira dengan persembaha­n yang ditunjukka­n penjaga gol, Shafiq Afifi Suhaimi dan pemain pertahanan kanan, Ahmad Syami Shukri yang pertama kali diturunkan namun berjaya membantu pasukan,” katanya ketika ditemui pada sidang media selepas tamat perlawanan.

Dalam perlawanan tersebut, Terengganu mendahului pada minit ke-32 hasil jaringan pemain import, Kipre Tchetche, namun kelebihan itu berjaya dipadamkan PKNP hasil dua jaringan ayam tambatanny­a, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi pada minit ke-52 dan 61.

Beliau berharap rentak kemenangan tersebut boleh dikekalkan pada pertembung­an pusingan kedua menentang Terengganu di Stadium Ismail Nasharuddi­n Shah, 9 Jun ini.

Sementara itu, jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim berkata beliau agak kecewa dengan persembaha­n yang ditunjukka­n pemainnya dalam perlawanan berkenaan.

Katanya, anak buahnya juga hanya melakukan empat percubaan ke arah pintu gol sepanjang 90 minit permainan.

“Kalau hanya empat percubaan sahaja memang susah kita nak menang. Saya juga kecewa dengan sikap segelintir pemain yang ambil sambil lewa dan membiarkan pemain lawan untuk melakukan hantaran silang ke dalam kawasan bahaya sehingga berjaya menjaringk­an gol,” katanya.

Irfan Bakti turut menjelaska­n kekalahan yang dialami berkemungk­inan besar disebabkan para pemain skuad penyu keletihan selepas terpaksa menempuh perjalanan jauh dalam mengharung­i perlawanan liga.

“Sebenarnya saya tidak mahu guna alasan ini tapi kalau kita lihat perlawanan sebelum ini dari Terengganu kita ke Kuala Lumpur dan selepas itu ke Ipoh dan selepas ini pulang kembali ke Terengganu. Sudah pasti ini akan beri kesan sedikit sebanyak kepada pemain,” katanya. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia