Utusan Borneo (Sabah)

Aneka juadah istimewa di Bazar Ramadan D’Perdana Square

Bazar Ramadan D’Perdana Square jadi tumpuan

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

BAZAR Ramadan D’Perdana Square di Lahad Datu tahun ini menempatka­n 115 gerai jualan pelbagai jenis makanan dan minuman untuk berbuka puasa.

Lokasinya cukup selesa untuk dikunjungi dan gerai peniaga ditempatka­n dua deret sepanjang parking lot di sana.

Bazar di sini menjadi tumpuan ramai mulai jam 3 petang hingga jam 7 malam kerana pelbagai pilihan makanan dan minuman yang serasi dengan kehendak pengguna.

Di bahagian hidangan dipanggang, lebih kurang 10 peniaga menjual ikan, ayam dan daging panggang termasukla­h kambing.

Seorang pelanggan, Rahman Kaharuddin berkata ikan panggang yang selalu dibelinya bukan sahaja segar tapi dipanggang dengan ramuan yang hampir sama dengan resepi ibunya di rumah.

“Selain itu, mereka menjual ikan panggang yang siap sedia untuk dimakan kerana dibekalkan sekali limau dan sambal atau sos lada dengan harga berpatutan RM4 hingga RM8 mengikut saiz ikan,” katanya.

Bagi pelanggan yang mahukan hidangan kuih muih, gerai-gerai di sini menyediaka­n pelbagai pilihan dari kuih tradisi hinggalah kuih malar tular di media sosial.

Peniaga, Ramlah Hamsah, 34, menyediaka­n pisang goreng, pisang goreng cheese, popia udang, kentang putar selain kuih tradisi Bugis Sawalla dan seri muka dan lain-lain.

Menurutnya, kuih yang dijualnya panas-panas dan digoreng di situ dan bersyukur sambutan pelanggan amat baik.

Katanya, kuih tradisi yang dijualnya akan berubah setiap hari bagi memenuhi kehendak pelanggan yang mahukan kuih-muih berbeza bila berbuka puasa.

“Modal untuk berniaga kira-kira RM600 dan setiap hari pendapatan kasar saya tidak menentu dengan anggaran RM300 hingga RM400.

“Berniaga di sini mengujakan kerana pelanggan datang berpusupus­u bukan sahaja muslim tapi dalam kalangan pelanggan yang berbeza agama dan keturunan,” katanya.

Bagi peniaga Sri Bulan Normansyah, 59, dia mengekalka­n jualan yang mudah disediakan­nya untuk dijual kerana beliau mengutamak­an kualiti juadah yang disediakan­nya.

Sri Bulan yang sudah dikenali ramai pelanggann­ya kerana sudah banyak kali berniaga di bazar menjual laksa, sup ayam, soto Banjar dengan harga RM4 hingga RM5.

“Setiap hari, saya sediakan 40 hingga 60 bungkus setiap hidangan. Semuanya saya jual dalam bekas plastik namun kuah sup akan saya panaskan di gerai ini. Jadi ianya boleh dimakan dalam keadaan masih panas bila waktu berbuka puasa,” katanya yang berpendapa­tan kasar RM200 higga RM300 sehari.

Pelanggan tetapnya, Rasmah Ramli, 33, berkata setiap kali ke bazar dia akan membeli sup yang dijual di situ kerana ia terjamin bersih dan enak.

“Saya gemarkan hidangan laksa, sup ayam dan soto Banjar yang disediakan makcik itu kerana ia sesuai dengan citarasa saya malah berani rekomen dengan kawan sepejabat saya kerana disediakan bersih,” katanya.

Selain sup, Rasmah akan mencari kuih-muih yang jarang dijual di hari-hari biasa kerana menurutnya, kepelbagai­an suku kaum di Lahad Datu perlu dikenali melalui hidangan makanan tradisinya.

Gemarkan masakan rendang yang sejak kecil sebati dengan seleranya, seorang guru dari Semenanjun­g Malaysia Norliana Ismail, 36, yang ditugaskan di sini berkata dia tidak lagi kempunan.

Ia kerana, rendang istimewa yang diingininy­a dijual di bazar itu dan menurutnya dia akan membeli sebanyak lima hingga enam bungkus setiap kali ke situ.

“Saya suka masakan rendangnya, ia lembut ramuannya cukup rasa, sedap menyelerak­an kami berbuka sekeluarga,” katanya yang akan ke Pasar Tani untuk membeli rendang idamannya itu pada Ahad.

Ab Rahman Ahmad, 54, yang berasal dari Negeri Sembilan mengakui Norliana adalah pelanggan tetapnya yang sukakan rendang resepi turun temurun keluarga.

Menurutnya, dengan modal lebih kurang RM400 dia yang ditemani isterinya akan menjual nasi kuning dan nasi lemak manakala lauk sotong, ayam, daging dan ikan masak rendang.

“Saya tidak mempunyai pantang larang dalam berniaga namun apa yang saya lakukan samalah seperti cara penyediaan makanan ibu dan bapa saya,” katanya.

Beliau berkata, bapanya yang bekerja di bahagian makanan dan ibunya berniaga nasi lemak berlauk telah mendedahka­nnya sejak kecil untuk berniaga makanan.

 ??  ??
 ??  ?? KUIH Sawalla. CUCUR udang. PISANG goreng. POPIAH PENIAGA sedang menyediaka­n martabak. RAHMAN RAMLAH sibuk melayan pelanggann­ya. ANTARA pelanggan tetap Sri Bulan. RASMAH
KUIH Sawalla. CUCUR udang. PISANG goreng. POPIAH PENIAGA sedang menyediaka­n martabak. RAHMAN RAMLAH sibuk melayan pelanggann­ya. ANTARA pelanggan tetap Sri Bulan. RASMAH
 ??  ?? NORLIANA
NORLIANA
 ??  ?? AB RAHMAN
AB RAHMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia