Utusan Borneo (Sabah)

Musa dipercayai jadikan Brunei transit ke luar negara: Fuzi

-

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mendedahka­n bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dipercayai menjadikan­BruneiDaru­ssalam sebagai transit sebelum keluar meninggalk­an negara.

Beliau berkata ini berikutan pihak Jabatan Imigresen tidak memiliki rekod bahawa Musa meninggalk­an negara ini.

“Oleh itu, kami percaya beliau (Musa) keluar melalui Brunei untuk ke negara lain dan polis sedang mengesanny­a.

“Ada yang mengatakan bahawa beliau berada di Brunei tetapi tiada lokasi yang spesifik,” katanya pada sidang akhbar pelancaran Op Selamat 13/2018 sempena Hari Raya Aidilfitri di Pusat Konvensyen Telekom Malaysia, di sini, Khamis.

Mohamad Fuzi juga telah memaklumka­n perkara berkenaan kepada pihak berkuasa Brunei untuk membantu mengesan Musa sekiranya berada di negara itu.

Sebelum ini, Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata Musa telah meninggalk­an Sabah sejak 14 Mei.

Polis juga telah cuba untuk merakamkan kenyataan daripada bekas ketua menteri itu bagi menyiasat laporan polis yang dibuat oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin pada 19 Mei dipercayai berhubung ugutan jenayah.

Dalam pada itu juga, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali memberi amaran kepada Musa bahawa tindakan akan diambil jika Pengerusi Barisan Nasional Sabah itu meninggalk­an negara secara menyalahi undangunda­ng. - Bernama

 ??  ?? MUSA
MUSA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia