Utusan Borneo (Sabah)

PENYELUDUP­AN BERLELUASA?

Akibat penutupan barter-trade

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Aktiviti keluarmasu­k penyeludup­an barangan melalui laluan tikus di sempadan TawauNunuk­an dipercayai kembali rancak susulan langkah penutupan hubungan perdaganga­n barter-trade (tukar barang) antara kedua-dua wilayah berjiran.

Berikutan itu, Ahli Parlimen Kalabakan Ma’mun Sulaiman percaya kerajaan perlu membuka semula barter-trade untuk mengimbang­i situasi semasa di sempadan.

“Tawau dan Nunukan (Kalimantan Utara, Indonesia) mempunyai hubungan perdaganga­n barter-trade yang cukup lama, khususnya semenjak tahun 1950-an lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diajukan pertanyaan berhubung kekerapan aktiviti penyeludup­an dipatahkan pasukan penguatkua­sa di Kalabakan sejak akhir-akhir ini.

Ma’mun optimis langkah pembukaan semula bartertrad­e berupaya menjana ekonomi kedua-dua wilayah, malah ‘langkah serampang dua mata’ mengawasi penyeludup­an.

“Kita memahami langkah diambil berkaitan isu keselamata­n, namun ekonomi di Tawau (Kalabakan) kini begitu lembab semenjak perdaganga­n barter-trade ditutup,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau memuji langkah Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) memperkena­lkan Road Check Point (RCP) di pintu sempadan Kalabakan.

Menurutnya, impak RCP begitu ketara dan beliau sendiri ada melihat Pasukan Gerakan Am (PGA) bertugas menjaga kawasan sempadan antara Tawau dan Nunukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia