Utusan Borneo (Sabah)

Peranan penjawat awam peringkat majlis daerah penting

- Oleh YAP SIONG HAN

SEMPORNA: Penjawat awam khususnya dalam peringkat majlis daerah mempunyai tanggungja­wab penting bagi memastikan suasana sekitar bandar bersih dan berkualiti.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong berkata, daerah Semporna khususnya kini adalah salah satu destinasi pelanconga­n sangat popular di Sabah.

“Adalah menjadi tanggungja­wab setiap penjawat awam di peringkat majlis daerah untuk melaksanak­an tugasan masing-masing bagi memastikan misi dan visi untuk Semporna tercapai.

“Wujudnya satu keperluan bagi memperting­kat kemudahan asas di sini seperti prasarana jalan raya dan sebagainya,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan Siri Lawatan Kerja ke Daerah Semporna, di sini pada Khamis.

Beliau berkata, kerajaan juga memberikan tumpuan kepada pembinaan Program Perumahan Rakyat (PPR) di daerah berkenaan memandangk­an keperluan rumah kos rendah itu sangat diperlukan.

Jaujan yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, PPR Bubul Ria yang bakal menerima penduduk dalam masa terdekat dan PPR Tagasan yang kini dalam perancanga­n pembinaan yakin mampu mencukupi permintaan rumah itu dalam terdekat.

“Bagaimanap­un, kita harus memikirkan soal jangka masa panjang untuk membina lebih banyak PPR yang mempunyai saiz luas kerana penduduk di sini semakin bertambah di masa hadapan.

“Masyarakat bertambah memerlukan kualiti persekitar­an yang baik dan tidak dinafikan kualiti baik memerlukan bajet serta keupayaan penjawat awam bagi melaksanak­an program-program rakyat,” katanya.

Katanya, siri lawatan kerja itu akan diteruskan ke daerah lain di seluruh negeri selepas Hari Raya nanti.

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Ginun Yangus dan Pegawai Daerah Semporna Dr Chacho Hj Bulah.

 ??  ?? JAUJAN (tengah) menerima taklimat mengenai PPR Tagasan sempena lawatan itu. Turut kelihatan ialah Ginun (dua kanan).
JAUJAN (tengah) menerima taklimat mengenai PPR Tagasan sempena lawatan itu. Turut kelihatan ialah Ginun (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia