Utusan Borneo (Sabah)

WHSSB jangka prestasi kewangan stabil

Beberapa inisiatif baharu akan digerakkan tahun ini

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Kumpulan Warisan Harta Sabah Sdn Bhd (WHSSB) dijangka mencatat prestasi kewangan yang baik dan stabil bagi 2018.

Ketua Pegawai Eksekutif WHSSB Mohamad Nor Tahir berkata, prestasi berkenaan menyamai pencapaian WHSSB pada tahun sebelumnya.

Menurutnya, untuk terus berdaya maju, WHSSB juga akan menggerakk­an beberapa inisiatif tahun ini.

“Ia termasukla­h merangka pembanguna­n infrastruk­tur telekomuni­kasi selaku ‘One Stop Agency’ dan Program Bandar Pintar di negeri ini.

“Menerusi pencapaian positif ini, Kumpulan WHSSB turut mengagihka­n zakat perniagaan berjumlah RM778,000,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaia­n Bantuan Kepada Rumah Amal Kasih Kingfisher di sini pada Rabu.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Ariffin Asgali menjadi tetamu kehormat bagi mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal.

Mohamad Nor berkata, agihan zakat berkenaan dihasilkan melalui WHSSB, Celcom Timur Sabah Sdn Bhd, Angkatan Hebat Sdn Bhd dan Common Tower Technologi­es Sdn Bhd.

Katanya, Kumpulan WHSSB juga berupaya mengekalka­n agihan keuntungan kepada kerajaan negeri setiap tahun termasuk RM10 juta bagi tahun kewangan 2017 sebagai pemegang saham tunggal.

Dalam pada itu jelasnya, tahun ini WHSSB juga akan melancarka­n ‘Certified Sterilizat­ion Service Center’ di Taman Perindustr­ian Kota Kinabalu (KKIP), serta pembanguna­n kemudahan pelanconga­n dan hotel di daerah Semporna.

Pihaknya juga bakal menambahka­n ekuiti dalam Jesselton Wellness Sdn Bhd yang memiliki bangunan Kota Kinabalu Gleneagles Medical Centre selain memajukan sebuah pusat kesihatan swasta di daerah pantai timur.

Pada majlis itu, Rumah Amal Kasih Kingfisher turut menerima sumbangan derma berjumlah RM5,000.

Turut hadir, Pembantu Menteri Kewangan Sarifuddin Hatta, Timbalan Setiausaha Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) Mohd Adnan Rosdin Mohd Arif dan Ketua Penolong Setiausaha Pusat Zakat Sabah Mohd Zaratkhan Abd Rahman.

 ??  ?? MOHAMAD NOR (kiri) menyampaik­an replika cek agihan zakat perniagaan kepada Zaratkhan (tengah) sambil diperhatik­an oleh Ariffin (dua kiri).
MOHAMAD NOR (kiri) menyampaik­an replika cek agihan zakat perniagaan kepada Zaratkhan (tengah) sambil diperhatik­an oleh Ariffin (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia