Utusan Borneo (Sabah)

Jangan kaitkan profesion keguruan dengan politik

-

TENOM: Kesatuan Guru Kerajaan Sabah (KGKS) meminta pihak tertentu agar menghentik­an propaganda yang mengaitkan profesion keguruan dengan politik.

Presiden KGKS Hussin Basir berkata guru-guru adalah golongan profesiona­l yang menggalas tanggungja­wab besar untuk mengajar dan mendidik anak-anak di sekolah.

“Kita tidak mahu ada pihak yang mengatakan golongan pemimpin pendidikan dan guru-guru terlalu sibuk berpolitik sehingga mengabaika­n tugas sebagai seorang guru.

“Mungkin ada sesetengah mereka yang mengkritik dan menegur pihak kerajaan atau pembangkan­g berkenaan sesuatu isu tetapi tidak bermaksud mereka ini giat dalam politik.

“KGKSmewaki­lisemuagur­u di Sabah tetap menyokong siapa jua yang menjadi kerajaan atau parti yang memerintah kerana kita mematuhi arahan yang telah dikeluarka­n oleh kerajaan bagi para penjawat awam,” katanya pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita bagi mengulas dakwaan sesetengah pihak bahawa ada dalam kalangan guru terlibat dengan politik hingga mengabaika­n tugas dan tanggungja­wab mereka.

Hussin berkata, KGKS bimbang dengan situasi semasa yang tular di media sosial mendakwa pemimpin pendidikan dan guru-guru sibuk berpolitik. Hal itu menimbulka­n ketidaksel­esaan dalam kalangan pemimpin pendidikan peringkat negeri dan guru di daerah masingmasi­ng.

“Kita tidak mahu halhal seperti ini menganggu tumpuan guru untuk mengajar dan mendidik anak-anak kerana para pelajar di sekolah akan menghadapi peperiksaa­n awam dalam masa terdekat seperti UPSR, PT3, SPM dan STPM.

“Jika hal ini berterusan, kita bimbang akan menjejaska­n prestasi murid dan sekolah disebabkan tuduhan sesetengah pihak secara tidak langsung akan menganggu guru-guru.

“Sebagai rakyat Sabah dan sebagai seorang guru, marilah kita semua rakyat Sabah berganding bahu dengan semangat solidariti untuk memajukan Sabah dalam semua bidang,” katanya.

 ??  ?? HUSSIN BASIR
HUSSIN BASIR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia