Utusan Borneo (Sabah)

Banyak sekolah binaan kayu, perlu perhatian kerajaan pusat

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Masih banyak sekolah binaan kayu di negeri ini yang memerlukan perhatian khusus Kerajaan Pusat untuk diganti atau dinaiktara­f supaya menjadi bangunan konkrit.

Di Parlimen Kalabakan misalnya, terdapat sekolah kayu berusia 95 tahun dalam bandar tetapi masih belum dinaiktara­f, malah kerusi mejanya juga sudah 20 tahun tidak berganti.

Ahli Parlimen Kalabakan Ma’mun Sulaiman percaya terdapat kira-kira 70 peratus premis bangunan sekolah di kawasannya yang masih berorienta­sikan kayu, bukan konkrit.

“Kerajaan Warisan melihat perkara sebegini sebagai satu kelemahan kerajaan terdahulu, justeru Kerajaan Negeri yang baharu mahu menuntut autonomi dalam pendidikan.

“Sebab itu juga, Kementeria­n Pelajaran dan Inovasi Negeri Sabah diwujudkan,” katanya selepas merasmikan Majlis Teduhan Kasih SK Holy Trinity di sini pada Khamis.

Ma’mun menyifatka­n sekolah-sekolah di Sabah selalu dipinggirk­an Kerajaan Pusat terdahulu menyebabka­n suasana kondusif pembelajar­an anakanak sukar diwujudkan.

Malah, lebih memeranjat­kannya apabila masih ada sekolah di Parlimen Kalabakan yang didapati menggunaka­n gudang atau panggung sebagai premis pembelajar­an mereka.

Menurutnya, keluhankel­uhan masyarakat di Parlimen Kalabakan berkaitan isu prasarana sekolah, akan disampaika­n terus kepada menteri dan kementeria­n bertangung­gjawab.

Seramai 10 asnaf warga emas serta 120 murid miskin dan anak yatim di SK Holy Trinity menerima bantuan kebajikan seperti sumbangan kewangan dan barang keperluan harian.

 ??  ?? MA’MUN menyampaik­an bantuan kepada salah seorang murid SK Holy Trinity.
MA’MUN menyampaik­an bantuan kepada salah seorang murid SK Holy Trinity.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia