Utusan Borneo (Sabah)

Curi logam tembaga pencawang

Polis tahan lelaki tempatan

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN (empat dari kanan) bersama pegawai menunjukka­n senjata api yang ditemukan.

LAHAD DATU: Polis menahan seorang lelaki tempatan disyaki terlibat kes mencuri logam tembaga dari pencawang elektrik milik Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) Fasa Tiga, Jalan Tengah Nipah, di sini.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Hamzah Ahmad berkata penangkapa­n suspek bukan sahaja menemukan barang yang dicuri malah turut membawa penemuan senjata api dipercayai milik suspek.

Menurutnya, laporan telah dibuat penyelia projek POIC pada 5 Jun selepas membuat pemeriksaa­n ke atas lima unit pencawang yang dirosakkan dan hilang gegelung tembaga, plat dan rod tembaga.

Katanya, pengadu percaya ia dirosakkan untuk dicuri logam tembaganya dan menganggar­kan kesemua kos kerosakan dan pembaikan bernilai RM200,000.

“Bertindak atas maklumat, pada hari yang sama kirakira jam 9.30 malam, satu operasi Op Cantas/Kesan diketuai Muhammad Sobbri dilancarka­n hingga menangkap suspek dan merampas dua gelung tembaga, satu batang tembaga, tiga unit tembaga pelbagai saiz, lima unit besi penyambung warna perak, 13 unit besi pengambung warna hijau kuning dan dua unit rotor dinamo.

“Kesemua barang yang ditemukan di Kampung Keliatan, Jalan Tengah Nipah ini telah disahkan pengadu sebagai peralatan

HAMZAH

yang digunakan pencawang pencawang yang telah dirosakkan,” katanya.

Hamzah berkata semasa serbuan di dalam bilik tidur suspek turut ditemukan satu laras senapang buatan sendiri, dua laras senapang angin, tujuh butir peluru penabur dan 10 butir kelongsong peluru penabur.

“Suspek dipercayai menggunaka­n senjatasen­jata berkenaan untuk kegunaan peribadi bagi memburu secara haram. Suspek masih dalam tahanan polis bagi membantu siasatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum tujuh tahun penjara dengan denda atau dengan kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Bagi kesalahan memiliki senjata api buatan sendiri dan peluru akan disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang memperuntu­kkan hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau dikenakan denda RM10,000, atau keduaduany­a sekali jika sabit kesalahan.

“Suspek dipercayai menggunaka­n senjata-senjata berkenaan untuk kegunaan peribadi bagi memburu secara haram. Suspek masih dalam tahanan polis bagi ” membantu siasatan. DATU ACP HAMZAH AHMAD, Ketua Polis Daerah Lahad

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia