Utusan Borneo (Sabah)

Jumat dedah kes penyelewen­gan Musa

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Mantan Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Jumat Idris mendedahka­n beberapa penyelewen­gan yang dibuat oleh bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Tan Sri Musa Aman semasa menjadi Ketua Menteri.

Beliau mendakwa Musa telah meluluskan beberapa projek berkaitan tanah kepada ahli keluargany­a termasuk saudaranya.

Katanya ia adalah bercanggah dengan perundanga­n yang jelas menunjukka­n ahli politik itu menyalahgu­nakan kuasa beliau.

“Untuk makluman, ada bebarapa kawasan yang dipohon oleh anak anak saudaranya, sebagai contoh kawasan dekat lampu isyarat Rampayan seluas 7 hektar telah diberikan kepada anak saudaranya dan satu lagi kawasan seluas 5 ekar dekat Likas Square.

“Likas Square ini sepatutnya adalah rizab negeri dan bukannya ‘state land’ tetapi diberikan kepada anak saudara dia. Semua dokumen berkaitan ada bersama saya... ini sepatutnya tidak boleh dilakukan kerana rizab negeri ini untuk pembanguna­n agensi negeri beliau,” katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa di kediamanny­a, di sini pada petang Rabu.

Selain itu, Jumat turut mendedahka­n satu lagi kes melibatkan penanaman sawit seluas 40,000 ekar yang mana, tanah itu sebelum ini milik Yayasan Sabah tetapi ditukar kepada rizab negeri yang seterusnya diserahkan kepada satu syarikat untuk melaksanak­an penanaman sawit.

Beliau menggesa agar pihak berkuasa melakukan siasatan terhadap pemilik syarikat yang diberikan keistimewa­an ‘luar biasa’ dalam mengendali­kan projek tanah di negeri ini.

“Saya difahamkan bahawa kawasan ini telah ditukarkan kepada rizab negeri dan selepas ditukar kepada state land didapati bahawa sudah ada syarikat pemilik yangki ni sudah pun menanam sepenuhnya kawasan itu dengan sawit seluas 40,000 ekar.

“Kita mahu tahu siapa individu ini dan sudah tentunya kita berminat intuk mengetahui latar belakang pemilik syarikat ini yang dilihat begitu berkeupaya­an membangunk­an tanah seluas 40,000 ekar dalam waktu yang singkat,” katanya.

Hadir sama di majlis itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Karambunai Azhar Matussin.

 ??  ?? JUMAT (duduk, kiri) dan Azhar ketika sidang media itu.
JUMAT (duduk, kiri) dan Azhar ketika sidang media itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia