Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan Warisan Sabah ambil peranan utama lindungi hak Sabah

-

SANDAKAN: Kerajaan negeri Sabah yang kini diterajui Parti Warisan Sabah (Warisan) akan memainkan peranan utama melindungi hak-hak negeri ini, kata Pengerusi Tetap Warisan Datuk Liew Vui Keong.

Beliau berkata, dalam tempoh kurang daripada 100 hari memerintah Sabah, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telahpun mengambil beberapa langkah untuk melindungi kepentinga­n rakyat negeri ini, termasuk mengharamk­an pengekspor­tan kayu balak yang akan mewujudkan peluang pekerjaan dalam sektor hiliran.

Menurut Anggota Parlimen Batu Sapi itu, Mohd Shafie juga kini sedang berusaha untuk menjaga hak-hak Sabah dalam industri minyak dan gas dan sumber maritim.

Beliau berkata dalam hal ini terdapat beberapa isu yang perlu ditangani termasuk dalam perundanga­n Persekutua­n seperti Akta Perikanan, Akta Pelantar Benua, Ordinan Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Akta Laut Wilayah.

“Warisan konsisten dengan manifesto pilihan rayanya dan akan memenuhi janji-janji yang telah dibuat. Sebagai permulaan, seperti yang saya katakan sebelum ini, kita di Sabah akan menguruska­n hal ehwal kita sendiri tidak seperti ketika kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Saya berharap rakyat Sabah tidak akan mudah percaya akan dakwaan beberapa bekas pemimpin BN yang boleh menimbulka­n perpecahan dan ketidakper­cayaan antara rakyat dan kerajaan baharu di bawah pimpinan Warisan,” kata Liew dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mengenai Petroliam Nasional Berhad (Petronas) yang memfailkan saman atas pemilikan sumber petroleum dan menamakan Kerajaan Negeri Sarawak sebagai defendan, Liew berkata kedudukan Kerajaan Negeri Sabah mesti berbeza daripada Sarawak kerana Sabah perlu menekankan hak istimewany­a sendiri.

Beliau berkata Sabah perlu untuk membawa isu pertukaran blok L dan M dengan kerajaan Brunei Darussalam, yang mana isu yang sama tidak berlaku di Sarawak.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia