Utusan Borneo (Sabah)

FEC dilantik ejen ambil pelatih

Langkah KKUMS melonjakka­n jumlah pelatih

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: First Education Centre (FEC) dilantik sebagai syarikat pertama yang akan berperanan sebagai ejen pengambila­n pelatih Kolej Kemahiran Universiti Malaysia Sabah (KKUMS).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UiNVEST Ramlan Awang Ali berkata, usahasama antara KKUMS danFECakan­dapatmemba­ntu melonjakka­n jumlah pelatih yang melanjutka­n pengajian di KKUMS dari semasa ke semasa.

“KKUMS yang terletak di Alamesra Plaza Utama, Kota Kinabalu komited dalam menyediaka­n peluang pendidikan dan latihan masyarakat di negeri ini dengan menawarkan program kemahiran untuk para belia berumur 16-45 tahun.

“Ini adalah selaras dengan objektif penubuhan KKUMS iaitu memberi pendidikan dan membantu memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat melalui peningkata­n tahap kemahiran walaupun sekadar memiliki kelulusan darjah enam atau Penilaian MenengahRe­ndah(PMR)dan setaraf kepada pemegang Sijil Kemahiran Malaysia sekali gus menyumbang kepada pembanguna­n ekonomi di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis menandatan­gani perjanjian antara FEC dengan UMS Investment Holdings Sdn Bhd (UiNVEST) selaku pengendali tadbir urus KKUMS, di sini.

Sementara itu, Pengarah Urusan FEC Razif Matar berkata, pihaknya menyasarka­n pengambila­n pelatih dari mana-mana pelajar yang berjaya menamatkan pembelajar­an sehingga peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tetapi tidak menerima tawaran untuk memasuki manamana universiti tempatan disebabkan tidak memenuhi syarat kelayakan.

“Rebutlah peluang ini kerana KKUMS adalah platform terbaik untuk golongan muda yang kurang cemerlang dalam pencapaian akademik meningkatk­an taraf pendidikan dan kemahiran mereka,” katanya.

Terdahulu, FEC berjaya mendaftark­an seramai 33 pelatih bagi kursus Pentadbira­n Pejabat - Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 selama enam bulan, dan Kursus Penyeliaan Pengurusan Pejabat Tahap 3 selama 12 bulan dengan pembiayaan penuh pengajian daripada dana kerajaan melalui Unit Perancanga­n Ekonomi Negeri Sabah (UPEN).

Justeru, mereka yang berminat untuk mendaftar program kemahiran boleh menghubung­i FEC di talian 010-363 2182 atau datang terus ke pejabat KKUMS di Lot 64, Block K, Alamesra Plaza Utama, Jalan UMS, Kota Kinabalu.

Informasi lanjut berkaitan peluang pendidikan di KKUMS juga boleh diakses dengan menekan butang ‘Like’ pada laman Facebook rasmi UCPD.

K KU M S merupakan sebuah pusat latihan kemahiran yang telah mendapat pentauliah­an dari Jabatan Pembanguna­n Kemahiran (JPK) di bawah Kementeria­n Sumber Manusia dengan No Kod Pusat L02216.

 ??  ?? RAMLAN (tiga kanan) menyerahka­n dokumen perjanjian kepada Razif (kiri). Turut kelihatan Pengurus Besar Kumpulan UiNVEST Yusak Yumboris @Misek (dua kanan) dan Ketua UMS Centre For Profesiona­l Developmen­t (UCPD) Mohd Hamdan Ruhimin (kanan).
RAMLAN (tiga kanan) menyerahka­n dokumen perjanjian kepada Razif (kiri). Turut kelihatan Pengurus Besar Kumpulan UiNVEST Yusak Yumboris @Misek (dua kanan) dan Ketua UMS Centre For Profesiona­l Developmen­t (UCPD) Mohd Hamdan Ruhimin (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia