Utusan Borneo (Sabah)

SHC tawan Gunung Kinabalu

Jalani latihan intensif untuk capai impian jadi kenyataan

- Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

KATAKAN gunung mana yang tidak boleh didaki? Asalkan ada kemahuan dan keazaman, tiada yang mustahil untuk dijejaki, biarpun puncak yang tinggi. Mungkin itulah yang memotivasi seramai 25 ahli Persatuan Pendaki Sabah atau Sabah Hikers Club (SHC) untuk mengadakan ekspedisi menawan Gunung Kinabalu, puncak tertinggi di Asia Tenggara.

Gunung Kinabalu sudah sekian lama menjadi idaman pendaki-pendaki SHC. Mereka mengadakan latihan demi latihan semata-mata untuk memastikan sampai di kemuncak yang sentiasa menjadi idaman pendaki dan pencinta gunung.

Namun begitu, ia bukan sesuatu yang mudah. Awal Mac tahun lalu, SHC sudah membuat tempahan. Ketika itu penerimaan tempahan oleh Ibu Pejabat Taman-Taman Sabah masih belum dibuka kepada semua pendaki.

Tetapi Nasip Asintu, pengerusi SHC terus menyusun langkah untuk mengajak pendaki yang berminat dengan membuka penyertaan kepada orang ramai di pantai timur Sabah dan Semenanjun­g Malaysia.

Akhirnya pada Ogos 2017, seramai 50 orang mendaftar sebagai peserta program pendakian itu, iaitu 25 dari Sabah manakala 25 yang lain adalah dari Melaka, Negeri Sembilan dan negeri lain di Semenanjun­g.

Peserta dari Sabah memulakan pendakian tepat jam 9.20 pagi pada 17 Mac. Peserta pertama sampai di Laban Rata pada jam 12.36 tengahari disusuli pendaki lain hingga jam 1 petang. Pengerusi SHC pula sampai kira-kira jam 6.10 petang.

Keesokan harinya, pendakian dimulakan kirakira jam 2.30 pagi. Peserta SHC yang pertama sampai di puncak ialah Julkiflee Peseming yang sampai ke puncak kira-kira jam 4.20 pagi. Peserta kedua tiba jam 4.30 pagi dan kemudian disusuli peserta lain hinggalah peserta terakhir sampai ke puncak kira-kira jam 7.45 pagi. Pengerusi SHC sendiri tiba kira-kira jam 6.30 pagi.

Seramai 25 ahli SHC membuat pendakian, 23 orang daripada berjaya menawan puncak gunung itu manakala dua lagi gagal kerana kesejukan. Sementara itu, pendakian grup dari Melaka yang diurus SHC disertai seramai 23 orang. Mereka mendaki pada 18 hingga 19 Mac. Peserta termuda dalam grup itu berusia 9 tahun yang turut berjaya menawan puncak Kinabalu.

Seramai 16 daripadany­a berjaya hingga ke puncak manakala tujuh orang berjaya sampai ke Km 8.5 iaitu kira-kira 0.20 kilometer sebelum sampai ke puncak. Mereka dilarang meneruskan pendakian oleh malim gunung yang enggan bertolak ansur atas alasan keselamata­n.

Ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu itu adalah salah satu kejayaan manis SHC, sebuah kelab yang menghimpun­kan pencinta dan peminat sukan mendaki gunung yang kini semakin popular dalam kalangan orang ramai.

Selain Gunung Kinabalu, SHC menyusun pelbagai program pendakian gunung untuk memenuhi citarasa dan minat ahlinya untuk mendaki puncak tinggi dalam usaha mencabar diri bagi membuat sesuatu yang terbaik walaupun terpaksa bersusah payah untuk mendapatka­nnnya.

 ??  ?? BERGAMBAR di puncak gunung tertinggi di Asia Tenggara.
BERGAMBAR di puncak gunung tertinggi di Asia Tenggara.
 ??  ?? NASIP adalah individu yang bertungkus lumus menguruska­n ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu.
NASIP adalah individu yang bertungkus lumus menguruska­n ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu.
 ??  ?? PENDAKI SHC bergambar berlatar belakangka­n Gunung Kinabalu.
PENDAKI SHC bergambar berlatar belakangka­n Gunung Kinabalu.
 ??  ?? PESERTA SHC yang berjaya sampai ke puncak Kinabalu.
PESERTA SHC yang berjaya sampai ke puncak Kinabalu.
 ??  ?? SALAH satu pemandanga­n menarik.
SALAH satu pemandanga­n menarik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia