Utusan Borneo (Sabah)

Selangor atasi PKNS 2-1

Negeri Sembilan sekadar seri 1-1 menentang Perak

-

KUALA LUMPUR: Pertemuan Liga Super ‘adik-abang’ antara Selangor dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC) berkesudah­an dengan skuad Gergasi Merah menang tipis 21 pada aksi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, malam Rabu.

Selangor terlebih dahulu berada di hadapan seawal minit ketujuh selepas penyerang dari Sepanyol Rufino Segovia berjaya menewaskan penjaga gol PKNS FC, Mohd Shahril Sa’ari.

Tersentak dengan jaringan itu, anak buah Datuk K. Rajagobal kembali memperkema­skan corak permainan dan Mohd Safee Mohd Sali berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-43 hasil rembatan deras dari luar kotak

penalti untuk kedudukan terikat 1-1 pada masa rehat.

Babak kedua menyaksika­n kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, namun Selangor lebih bijak menghidu peluang apabila perancang dari Indonesia, Evan Dimas Darmono meledak gol kedua pada minit ke-60.

Jaringan Evan itu memastikan Selangor mengutip tiga mata penuh dan berjaya melonjak dua anak tangga ke kedudukan lapan liga dengan mengumpul 17 mata, manakala PKNS FC kekal di tempat keenam dengan 19 mata.

Sementara itu, di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi, pasukan tuan rumah Negeri Sembilan sekadar seri 1-1 menentang Perak.

Gol skuad The Bos Gaurus dijaringka­n Gilmar Jose Da Silva pada minit ke-71, manakala jaringan penyamaan Negeri Sembilan disempurna­kan N.Thanabalan pada minit akhir permainan.

Keputusan itu menyaksika­n Negeri Sembilan masih berada dalam zon penyingkir­an ke Liga Premier musim depan, dengan mengumpul 12 mata manakala Perak jatuh ke tangga ketiga liga dengan 24 mata. - Bernama

 ?? - Gambar BERNAMA ?? PEMAIN PKNS Mohd Safee Sali (kanan) melakukan tendangan ke gawang Pasukan Selangor pada Perlawanan Liga Super Malaysia 2018 di Stadium Cheras malam Rabu.
- Gambar BERNAMA PEMAIN PKNS Mohd Safee Sali (kanan) melakukan tendangan ke gawang Pasukan Selangor pada Perlawanan Liga Super Malaysia 2018 di Stadium Cheras malam Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia