Utusan Borneo (Sabah)

Kelantan mahu kekal momentum selepas kemenangan ke atas Kedah

-

KOTA BHARU: Bangkit dengan kemenangan daripada prestasi buruk empat kekalahan berturuttu­rut, pemangku jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah mahu pemain The Red Warriors (TRW) menggandak­an usaha apabila sekali lagi bertemu Kedah pada aksi timbal balik Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam ini.

Yusri berkata walaupun pada perlawanan Selasa lalu di halaman sama keputusan lebih memihak kepada pasukannya, namun pemain tidak boleh turun dalam keadaan selesa atas kemenangan itu.

“Pemain perlu lebih memberikan tumpuan malam esok dengan menyempurn­akan perancanga­n dan taktikal yang telah dirancangk­an, mungkin pasukan lawan akan bermain dengan perancanga­n dan taktikal berlainan,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Pada perlawanan Selasa lepas TRW berjaya memperoleh­i kemenangan pertama di tempat lawan musim ini apabila menewaskan Kedah 2-1.

Yusri berkata kedudukan tercorot, memperoleh­i mata dalam setiap lapan lagi perlawanan amatlah penting untuk memberikan saingan kepada pasukan lain bagi mengelakan Kelantan tersingkir ke saingan Liga Premier musim depan.

“Pemain perlu berada dalam prestasi terbaik, kita tidak mahu lagi tercicir mata kerana kita sudah ketinggala­n jauh dengan pasukan yang berada di kedudukan ke10 iaitu Selangor untuk mengekalka­n kita terus bersaing dalam saingan Liga Super musim depan,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kelab Penyokong TRW Kota Bharu (TRWKB), Mohd Zainy Zain, berkata pada perlawanan malam esok, TRW perlu meningkatk­an prestasi untuk terus memperoleh­i mata.

“Pertahanan perlu mengurangk­an kesilapan, tingkatkan disiplin bertahan manakala penyerang tidak perlu bersikap tamak ketika ingin mencari gol.

“Pemain import juga seharusnya memberikan sesuatu sumbangan besar pada perlawanan malam esok untuk memberikan mata kepada pasukan,” katanya.

Kelantan kini berada pada kedudukan tercorot dengan 11 mata hasil daripada tiga kemenangan, dua seri dan sembilan kekalahan selepas 13 perlawanan. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia