Utusan Borneo (Sabah)

BAM tidak akan hantar atlet kategori B ke Sukan Asia

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memutuskan pemain badminton dalam kategori A sahaja layak beraksi di Sukan Asia 2018 di Indonesia pada 18 Ogos hingga 2 Sept ini.

Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata keputusan badan induk sukan itu tidak menghantar atlet dalam kategori B kerana Sukan Asia bukan platform untuk memberi pendedahan kepada pemain sebaliknya temasya sukan yang mempunyai standard tinggi di peringkat Asia.

“Majlis Olimpik Malaysia (MOM) meluluskan 10 pemain lelaki dan empat wanita, empat jurulatih dan seorang pengurus pasukan di bawah kategori A. BAM akan mengemukak­an rayuan untuk menambah enam lagi pemain kategori B untuk diserapkan dalam kategori A termasuk penambahan dua jurulatih.

“Jika rayuan tidak diterima, BAM tidak akan menghantar pemain di bawah kategori B. MOM meletakkan panduan hanya empat pemain terbaik Asia sahaja yang layak diserapkan dalam kategori A. Pemain yang dipilih mestilah berpotensi untuk memenangi pingat,” katanya kepada pemberita selepas mempengeru­sikan mesyuarat Jawatankua­sa Kejurulati­han danLatihan(C&T)diAkademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara di sini hari ini.

Senarai nama pemain badminton yang diluluskan MOM bagi kategori A ialah Datuk Lee Chong Wei, Lee Zii Jia, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, Leong Jun Hao (perseorang­an lelaki), Tan Wee Kiong-Goh V Shem, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin (beregu lelaki), Chan Peng SoonGoh Liu Ying, Goh Soon Huat-Shevon Lai, (beregu campuran) ,Chow Mei KuanLee Meng Yean (beregu wanita).

Pemain kategori B yang dicadangka­n dalam rayuan kepada MOM ialah Soniia, Goh Jin Wei, Lee Ying Ying, S.Kisona dan satu lagi beregu wanita yang akan dipilih namun masih dalam pemilihan BAM. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia