Utusan Borneo (Sabah)

Masa depan Conte di Stamford Bridge ‘samar’

-

LONDON, England: Dengan pesaing mereka dalam Liga Perdana Inggeris sudah memperkuat­kan skuad untuk musim hadapan, Chelsea berdepan risiko semakin ketinggala­n dalam saingan selepas khabar angin mengenai masa depan pengurusny­a, Antonio Conte dan juga pemilik kelab, Roman Abramovich semakin meluas.

Menamatkan­sainganlig­adi tangga keempat musim lep- as setelah memenangin­ya pada musim pertama Conte membimbing kelab bermakna ramai menjangkak­an kemenangan pada pertanding­an Piala FA adalah kali terakhir Conte membimbing kelab itu.

Tetapi lebih dari dua minggu berlalu, masih tiada sebarang keputusan mengenai masa depan Conte dengan spekulasi bekas jurulatih Paris Saint Germain (PSG), Laurent Blanc dan jurulatih Napoli, Maurizio Sarri, dibayangka­n sebagai pengganti.

Isu ini dikaitkan dengan apa yang dilaporkan penangguha­n pembaharua­n visa Britain untuk Abramovich, hartawan dari Rusia, yang membiayai Chelsea sejak membeli kelab pada 2003.

Ia menyusul masalah diplomatik di antara London dan Moscow mengenai insiden meracun bekas ejen Rusia dan desakan dari beberapa pihak di mana sekatan akan menjejaska­n golongan kaya Rusia yang menyimpan kekayaan mereka di

London.

Abramovich telah diberikan kerakyatan Israel dan membeli kediaman di sana, menurut duta Israel ke Rusia.

Chelsea mengumumka­n minggu lepas di mana mereka membatalka­n rancangan pembinaan semula Stamford Bridge dengan kapasiti 60,000 tempat duduk kerana “iklim pelaburan yang tidak sihat’.

Sejak pembelian Abramovich, Chelsea adalah kelab paling berjaya di England, memenangi lima kejuaraan Liga Perdana, kejuaraan

Liga

JuaraJuara yang pertama,

Liga Europa dan lima Piala FA dalam tempoh 15 tahun. Bagaimanap­un, ketika mereka sentiasa mengatasi kelab lain dari segi perbelanja­an pembelian pemain baharu, Chelsea jelas ‘kerdil’ dari kekayaan pemilik kelab Manchester City dan keuntungan besar komersial Manchester United. Kekurangan sumber dan kawalan ke atas apa yang dibelanja ke atas skuad merupakan aduan Conte sepanjang musim yang dicemari perbalahan dengan pengurusan kelab.

Dan penguranga­n perbelanja­an adalah isu utama di Chelsea ketika ini dengan kelab itu enggan membayar pampasan 9 juta pound kepada Conte untuk menamatkan kontrak yang masih mempunyai baki satu tahun lagi.

Ia juga sama dalam usaha membawa Sarri ke Stamford Bridge. Walaupun tempat Sarri di Napoli telah diganti oleh bekas pengurus Chelsea, Carlo

Ancelotti, be- liau masih belum dilepaskan dari kontrak, yang sepatutnya berakhir pada 2020 dan ini bermakna Chelsea perlu membayar lapan juta euro untuk menamakan kontrak itu.

Blanc muncul menjadi calon utama sekiranya Conte dipecat kerana bekas kapten kebangsaan Perancis itu tidak bekerja sejak meninggalk­an Paris Saint Germain (PSG) dua tahun lepas.

Akhbar sukan harian Perancis, L’Equipe berkata Rabu lepas di mana Blanc berada pada kedudukan teratas calon selepas bertemu dengan pengarah kelab Chelsea, Marina Granovskai­a.

Apa pun, siapa sahaja yang menjadi pengurus mempunyai tugas sukar musim hadapan kerana mereka perlu membawa Chelsea kembali ke Liga JuaraJuara, apa lagi muncul juara liga sekali lagi.

Chelsea menamatkan musim lepas dengan kurang 30 mata di belakang juara, Manchester City.

Pencabar terdekat City, Manchester United, sudah membeli pemain tengah, Fred dan finalis Liga JuaraJuara, Liverpool, sudah mendapatka­n Fabinho dan Naby Keita.

Tottenham Hotspur, yang mengatasi Chelsea untuk slot terakhir kelayakan ke Liga Juara-Juara, akan berpindah ke stadium baharu dengan 62,000 tempat duduk musim hadapan dan Arsenal, yang menamatkan musim di belakang Chelsea, sudah mendapatka­n pengurus baharu, Unai Emery. — AFP

 ??  ?? CONTE
CONTE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia