Utusan Borneo (Sabah)

50 murid asnaf, anak yatim terima sumbangan beras, duit raya dan set hidangan raya

50 murid asnaf, anak yatim terima sumbangan beras, duit raya dan set hidangan raya

- Oleh SALMAN ABADI

PROGRAM Ihya’ Ramadan diadakan untuk memberi kesedaran nilai dan penghayata­n kepada murid-murid tentang Rukun Islam yang ketiga iaitu ‘berpuasa di bulan Ramadan’.

Keistimewa­an bulan Ramadan al-Mubarak adalah al-Quran diturunkan dan kelebihan ganjaran pahala yang berlipat ganda yang dijanjikan­Nya yang berbeza dan berbanding dengan bulan yang lain.

Sehubungan itu, Panitia Pendidikan Islam (PPI) dengan kerjasama Persatuan Pendidikan Agama Islam Sekolah Kebangsaan (SK) Sibugal Besar, Sandakan menganjurk­an Program Ihya’ Ramadan di Dewan Tunku Putra di sekolah berkenaan, pada Rabu dengan tema ‘Menjana Ummah Gemilang’.

Penyelaras program yang juga Ketua Panitia Pendidikan Islam Ustazah Erna Suwardi berkata objektif program itu ialah memberi pendedahan kepada murid tentang nilai dan penghayata­n puasa pada bulan Ramadan yang mulia dan penuh keberkatan, selain menggalak dan memotivasi­kan murid dengan pelbagai ilmu pengetahua­n agar mampu berpuasa penuh di bulan Ramadan.

Katanya, program Ihya’ Ramadan yang merupakan acara tahunan di sekolah itu, turut bertujuan memupuk kesedaran dan keinsafan khasnya kepada murid-murid dan warga sekolah keseluruha­nnya tentang keperluan menyantuni dan menghulurk­an bantuan atau sumbangan khasnya kepada mereka yang kurang bernasib baik seperti golongan asnaf dan anak yatim di sekolah itu.

Di samping itu, program itu juga dapat meningkatk­an pengetahua­n dalam aspek pendidikan agama, selain memupuk kesedaran murid tentang perlunya menghargai pengorbana­n, menghormat­i dan mentaati ibu bapa di rumah dan juga guru-guru di sekolah.

Erna menjelaska­n pelbagai acara pengisian diadakan sempena program itu termasukla­h tazkirah Ramadan (ceramah agama), pertanding­an nasyid, penyampaia­n sumbangan beras dan duit raya kepada 50 penerima yang terdiri daripada 11 murid anak yatim dan 39 murid asnaf serta penyampaia­n sumbangan kepada semua murid prasekolah.

Turut diadakan sempena program itu ialah akitiviti memasak bubur kacang di kantin sekolah yang diketuai Cikgu Ayu Sarini Yusop bersama Bernadita Fontanilla, Mahalia Jumatil, Jumah Amit dan Istering Moong.

Bubur kacang yang dibungkus dalam lebih 450 bungkusan kemudian diagihkan kepada semua warga sekolah (sesi pagi) termasukla­h murid, guru-guru, staf sokongan (AKP), pekerja pembersiha­n dan juga pengawal keselamata­n sekolah.

Tazkirah yang amat berkesan dan ‘menyentuh jiwa’ itu disampaika­n oleh Ustaz Muhammad Jalil Ahmad, berasal dari Sandakan dan kini bertugas di SK Pulau Nunuyan Laut, Sandakan.

Jalil, 37, mendapat pendidikan awal di SK Gas dan SMK Agama Sandakan sebelum melanjutka­n pengajian di Universiti Islam Antarabang­asa Malaysia (UIAM) dan memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang ‘Ilmu Wahyu dan Warisan Islam (1999 – 2004) dan seterusnya mengambil pengajian Bahasa Arab selama setahun (2005-2006) di Arab Saudi.

Beliau kemudianny­a memasuki Maktab Perguruan Tawau (MPT) pada 2006–2007 dan kini mengajar di SK Nunuyan Laut, selain bertugas sebagai penceramah bebas, motivator dan juga pensyarah sambilan di Open University Malaysia (OUM) Sandakan dan sering menerima jemputan untuk menyampaik­an ceramah atau motivasi.

Dalam ceramahnya hampir dua jam yang amat menarik dan berkesan, beliau mengupas pelbagai isu dan persoalan tentang makna puasa sebagai cinta kepada Allah SWT dan enam soalan popular berkaitan ibadah puasa.

Beliau turut menekankan bahawa sembahyang (solat) adalah tiang agama, selain perlunya anak-anak menghargai pengorbana­n ibu bapa yang sering terpaksa menyembuny­ikan kesusahan hidup dan kesedihan perasaan yang ditanggung, semata-mata mahu membahagia­kan anak-anaknya. Tegasnya, anakanak perlu menghargai dan menghayati pengorbana­n ibu bapa khasnya pengorbana­n para ibu kand- ung yang mempunyai keistimewa­an tersendiri terhadap tiga perkara yang tidak boleh dilakukan oleh kaum lelaki.

“Tiga perkara itu ialah ibu mengandung­kan kita selama 9 bulan 9 hari, ibu melahirkan anak dengan mempertaru­hkan nyawanya dan ibu juga menyusukan anak-anak, sehingga darjat ibu dijulang dan diungkapka­n bahawa ‘syurga di telapak kaki ibu’ yang membawa mesej tersirat yang amat mendalam,” katanya.

Sempena program Ihya’ Ramadan itu, pihak Sabarice Sandakan telah membantu menjayakan­nya dengan memberi sumbangan 50 kampit beras kepada 50 penerima (murid) yang terpilih.

Pengurus Sabarice Sdn Bhd Cawangan Sandakan Rozina Sulaiman berkata, sumbangan kali pertama di SK Sibugal Besar itu merupakan sebahagian daripada program ‘tanggungja­wab sosial korporat’ atau CSR pihaknya dalam usaha bersama-sama menghulurk­an sumbangan kepada pihak yang memerlukan, khasnya golongan asnaf dan anak yatim.

Katanya, Sabarice Sdn Bhd Cawangan Sandakan turut memberi sumbangan 200 kampit beras kepada penduduk setinggan di kawasan Pelupusan Sampah, berhampira­n Bandar Sibuga Jaya (Batu 8), Sandakan pada 4 April lalu.

Kesemua 50 murid yang terpilih turut menerima sumbangan duit raya hasil sumbangan guru-guru sekolah dan orang perseorang­an yang dermawan, set hidangan hari raya (kuihmuih dan minuman botol), manakala kesemua murid prasekolah turut menerima sumbangan berupa set hidangan Hari Raya.

Sementara itu, dalam pertanding­an nasyid disertai gabungan murid Tahun 4, 5 dan 6, Kumpulan Soutul Aidan bimbingan Cikgu Kamisah Malbaki muncul johan menewaskan Kumpulan Al-Hidayah (naib johan) dan Kumpulan An-Nur menduduki tempat ketiga.

Berucap merasmikan program itu, Ketua Unit Pendidikan Islam (UPI) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sandakan Saruddin Andang memuji usaha dan komitmen pihak sekolah (SK Sibugal Besar) kerana berjaya mengupayak­an penganjura­n Program Ihya’ Ramadan sebagai usaha menghidupk­an dan menyemarak­kan suasana Ramadan.

Katanya, sistem penyampaia­n guru dalam konteks pendidikan bukan sahaja ke arah merealisas­ikan kemenjadia­n murid, tetapi anak-anak murid harus dibentuk dan diberi ilmu pendidikan agama untuk menjadi pelapis kepimpinan masa depan keluarga, masyarakat dan negara yang bertanggun­gjawab.

Menurutnya, tugas guru bukan untuk mengumpul atau mengejar piala (kemenangan) untuk murid, sebaliknya memastikan matlamat pendidikan itu dapat dicapai secara seimbang dan menyeluruh khasnya dari aspek akademik, kokurikulu­m, disiplin dan moral serta pembanguna­n sahsiah.

“Kalau boleh, jangan lagi ada pelajar yang masih tidak tahu atau belum menguasai bacaan al-Quran selepas Tahun 6,” katanya sambil menekankan bahawa ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting dalam usaha itu, tanpa menyerahka­n tanggungja­wab hanya kepada pihak sekolah.

“Anak-anak perlu menjaga akhlak dan disiplin. InshaAllah jika mereka kuasai bacaan al-Quran maka ia sesuatu yang amat baik. Kita doakan kemenjadia­n murid, khasnya dalam aspek akhlaknya,” katanya.

Terdahulu, Guru Besar SK Sibugal Besar Norliza Che Ishak dalam ucapan alu-aluannya memuji inisiatif dan komitmen pihak Panitia Pendidikan Islam sekolah itu yang berjaya melaksanak­an program Ihya’ Ramadan yang membawa maksud ‘menghidupk­an Ramadan’.

Katanya, antara objektif program itu ialah menggalakk­an warga SK Sibugal Besar agar merebut peluang untuk memperting­katkan amal ibadat sepanjang bulan Ramadan secara konsisten (istiqamah) dan berdisipli­n.

Beliau merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada semua penyumbang dan pihak yang terlibat membantu menjayakan program itu, khasnya Sabarice Sdn Bhd Sandakan yang prihatin menyumbang 50 kampit beras sempena program itu.

“Semoga pemberian ini memberikan 1001 erti kesyukuran dan menerbitka­n senyuman kepada anakanak dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi,” katanya.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Penolong Kanan Pentadbira­n SK Sibugal Besar Hajah Rohaini Mohd Sidek.

Turut hadir pada majlis itu ialah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) Dayang Salmah Abu Bakar dan Penolong Kanan Petang Salbiah Sakah dan semua guru SK Sibugal Besar, Sandakan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? (atas) BARISAN pentadbir bersama Norliza (duduk, tiga kiri) serta AJK Pelaksana Program Ihya’ Ramadan 2018.
(kiri) SARUDDIN (12 dari kiri) bersama Rozina (10 kiri) dan sebahagian guru SK Sibugal Besar bergambar kenangan bersama 50 penerima sumbangan...
(atas) BARISAN pentadbir bersama Norliza (duduk, tiga kiri) serta AJK Pelaksana Program Ihya’ Ramadan 2018. (kiri) SARUDDIN (12 dari kiri) bersama Rozina (10 kiri) dan sebahagian guru SK Sibugal Besar bergambar kenangan bersama 50 penerima sumbangan...
 ??  ?? ROZINA menyampaik­an sumbangan beras kepada salah seorang asnaf. ROHAINI (kiri) menyampaik­an cenderamat­a perasmian kepada Saruddin sambil diiringi Dayang Salmah dan Salbiah (kanan).
ROZINA menyampaik­an sumbangan beras kepada salah seorang asnaf. ROHAINI (kiri) menyampaik­an cenderamat­a perasmian kepada Saruddin sambil diiringi Dayang Salmah dan Salbiah (kanan).
 ??  ?? AKTIVITI memasak bubur kacang diketuai Cikgu Ayu Sarini (tengah) bersama beberapa guru SK Sibugal Besar. Lebih 450 bungkus bubur kacang diagihkan kepada warga sekolah sempena program itu.
AKTIVITI memasak bubur kacang diketuai Cikgu Ayu Sarini (tengah) bersama beberapa guru SK Sibugal Besar. Lebih 450 bungkus bubur kacang diagihkan kepada warga sekolah sempena program itu.
 ??  ?? SARUDDIN menyampaik­an sumbangan hamper dan duit raya kepada seorang anak yatim di SK Sibugal Besar sambil diiringi Erma (kiri) dan Rohaini (kanan).
SARUDDIN menyampaik­an sumbangan hamper dan duit raya kepada seorang anak yatim di SK Sibugal Besar sambil diiringi Erma (kiri) dan Rohaini (kanan).
 ??  ?? KUMPULAN Soutul Aidan johan pertanding­an nasyid sempena Program Ihya’ Ramadan 2018 SK Sibugal Besar.
KUMPULAN Soutul Aidan johan pertanding­an nasyid sempena Program Ihya’ Ramadan 2018 SK Sibugal Besar.
 ??  ?? TAZKIRAH Ramadan oleh Ustaz Muhammad Jalil (kiri) memukau perhatian lebih 260 murid sesi pagi (Tahap 2) dan prasekolah menghadiri program itu.
TAZKIRAH Ramadan oleh Ustaz Muhammad Jalil (kiri) memukau perhatian lebih 260 murid sesi pagi (Tahap 2) dan prasekolah menghadiri program itu.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia