Utusan Borneo (Sabah)

Pau Rainbow tarikan unik di Bazar Ramadan D’Perdana Square

-

PADA hari biasa, Pau Rainbow hanya boleh didapati di Palm High namun cabaran Ramadan disambut dua remaja yang masih bersekolah dengan berniaga di Bazar Ramadan D’Perdana Square, Lahad Datu.

Mohd Syahril Syazlie Naharuddin dan Mohd Idham Shah Marsuki, pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu, merancang membantu perniagaan keluargany­a menjual pau.

Kepelbagai­an warna dan inti pada pau itu menyebabka­n Pau Rainbow ‘laku keras’ sepanjang Ramadan dengan anggaran penjualan setiap hari 400 hingga 500 biji pau.

Mohd Syahril berkata pau-pau yang dijual merupakan pau buatan sendiri dan ia disediakan seawal jam 7 pagi bermula dari penyediaan bahanbahan­nya yang segar seperti ayam, daging, sardin dan lain-lain.

Kemudian, ia disediakan mengikut saiz yang sama dengan sukatan tertentu yang sama pada setiap pau.

“Setiap petang, di bazar ini kami akan memastikan pau yang dijual baru keluar dari alat mengukus pau ini.

“Ia untuk memastikan pau yang dibeli dapat dimakan pada masa berbuka puasa dalam keadaan yang cukup masak, masih lembut dan intinya pula sedap panas dan ‘moist’,” katanya.

Pelanggann­ya, Muhamad Raiyan Muhamad Tarmizi, 30, berkata dia selalu membeli pau coklat dan ayam kerana ia digemari oleh anaknya.

“Anak saya suka makan coklat di sini dan kalau berkesempa­tan saya akan ke sini untuk membelikan­nya selain dapat membeli makanan lain untuk berbuka nanti,” katanya.

Beliau bangga dengan usaha dua pelajarnya itu yang gigih berusaha dengan berniaga pau.

“Saya pun baru tahu dua pelajar ini berniaga pau. Harapan saya mereka teruskan usaha mereka dan dapat menimba ilmu dalam dunia perniagaan,” katanya.

Pelanggan sebelah gerai, Kasmawati Asis, 27, juga tidak melepaskan peluang untuk menikmati Pau Rainbow setiap hari.

“Selain untuk diri saya, pau yang saya beli adalah untuk ahli keluarga saya di rumah. Rasanya memang berbeza daripada yang lain kerana saiznya bukan sahaja besar tapi intinya padat dan cukup mengenyang­kan,” katanya.

Seorang lagi pelanggann­ya yang sanggup meredah kesesakan lalu lintas sematamata untuk mendapatka­n Pau Rainbow, Falah Hazim Idris, 26, berkata dia suka pau coklat dan ayam.

“Saya rasa amat berbaloi membeli Pau Rainbow dan pasti akan mencarinya selepas Ramadan ini di Palm High,” katanya.

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

 ??  ?? FALAH HAZIM
FALAH HAZIM
 ??  ?? MUHAMAD RAIYAN
MUHAMAD RAIYAN
 ??  ?? KASMAWATI (kanan) sedang memilih pau di gerai Mohd Syahril dan Mohd Idham.
KASMAWATI (kanan) sedang memilih pau di gerai Mohd Syahril dan Mohd Idham.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia