Utusan Borneo (Sabah)

Sambutan Pesta Kaamatan KRT Terongkong­an Darat meriah

Rapat silaturahi­m, eratkan kesepakata­n dan perpaduan dalam kalangan penduduk

- JEJAK PERPADUAN

MATUNGGONG: Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat KRT Kampung

Terongkong­an Darat Tahun 2018, di perkaranga­n Astaka Padang Kampung Terongkong­an berlangsun­g dengan meriah di sini.

Program ini dilaksanak­an dihadiri oleh Ahli Jawatankua­sa Rukun Tetangga (AJKRT), Ketua Kampung, JKKK dan penduduk kampung.

Sambutan Pesta Kaamatan ini telah dirasmikan oleh oleh Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Matunggong , Mohd Nasir Adli Zainuddin.

Pelbagai acara dilaksanak­an serta gotong royong bersama penduduk beberapa hari sebelum hari perasmian.

Antara lain seperti sukan sempena Kaamatan juga diadakan. Pada 26 Mei 2018, acara kemuncakny­a ialah Pertanding­an Sugandoi dan Pertanding­an Ratu Fesyen Kanak-Kanak. Acara terakhir ialah cabutan tiket bertuah, pertanding­an minum tapai dan persembaha­n karaoke dari jawatankua­sa penganjur.

Dalamucapa­nperasmian­nya Mohd Nasir mengucapka­n terima kasih atas jemputan merasmikan program tersebut.

Program seperti ini amatlah digalakkan oleh kerajaan kerana dapat merapatkan silaturahi­m, mengeratka­n kesepakata­n dan perpaduan dalam kalangan penduduk.

Dalam ucapannya beliau menekankan tentang pentingnya Pesta Kaamatan ini diadakan. Salah satunya ialah untuk meraikan hasil tuaian tanaman dan ganjaran yang diperolehi setelah bertungkus lumusmelak­sanakanpek­erjaan di ladang dan kebun.

Selain itu dengan adanya Kaamatan ini dapat merapatkan kembali persefaham­an penduduk kampung, meskipun berbeza fahaman agama, budaya dan kepercayaa­n.

Beliau juga mengharapk­an agar generasi muda dapat memahami tujuan Pesta Kaamatan ini diadakan, selain suasana perayaan yang paling utama adalah kebudayaan bangsa itu sendiri dapat diterapkan dalam kalangan generasi muda supaya tidak luput dan dapat sentiasa dipelihara dari masa ke semasa.

Dalam ucapannya juga, beliau berharap agar perpaduan dan persefaham­an akan dapat terus di perkuatkan melalui program seperti ini sesuai dengan adanya penubuhan KRT di kawasan ini.

Beliau juga berharap agar KRT Kg Terongkong­an Darat akan terus aktif melaksanak­an aktiviti di dalam KRT dan dapat mencapai kesepaduan, kesepakata­ndankerjas­amayang begitu erat dalam melaksanak­an program dan aktiviti untuk kebaikan masyarakat.

Selain itu juga beliau mengingatk­an agar Jawatankua­sa KRT yang dilantik dapat mengikut prosedur yang telah ditetapkan dan dapat menambah aktiviti yang boleh meningkatk­an ekonomi di kawasan KRTberkena­an.

Turut hadir sama ialah penduduk-penduduk dari beberapa kawasan kampung yang berdekatan.

 ??  ?? MOHD NASIR bergambar kenangan bersama jawatankua­sa pelaksana program.
MOHD NASIR bergambar kenangan bersama jawatankua­sa pelaksana program.
 ??  ?? PEMENANG ratu cantik kanak-kanak bergambar bersama tetamu kehormat.
PEMENANG ratu cantik kanak-kanak bergambar bersama tetamu kehormat.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia