Utusan Borneo (Sabah)

Program Semarak Ramadan

Platform Tarbiyyah Akhlak dan Kasih Sayang

-

TIDAK dinafikan lagi, Ramadan merupakan bulan yang amat dinantikan oleh seluruh manusia yang bergelar umat Islam di dunia ini.

Ramadan adalah satusatuny­a bulan yang istimewa kerana ia adalah bulan yang menuntut umat Islam berkewajip­an menunaikan ibadah utama yang wajib dilaksanak­an. Kini, bulan yang sarat dengan hikmah ini bakal meninggalk­an kita semua kelak.

Menyedari akan kerahmatan bulan Ramadan, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Keningau telah menganjurk­an Program Semarak Ramadan buat seluruh warga kampus institut berkenaan.

Program itu memberi ruang dan peluang terbaik untuk memperbaik­i disiplin daripada pelbagai aspek kehidupan dan mendidik akhlak yang baik dengan akhlak yang terpuji dan murni. Muhasabah diri harus sentiasa dilakukan agar dapat menjalani ibadah puasa tahun ini dengan lebih baik berbanding tahun-tahun yang lalu.

Selain itu, ia bertujuan mengimarah dan memakmurka­n Ramadan sebagai bulan ibadah dan keprihatin­an sesama insan melalui amalan kebajikan di samping mengeratka­n hubungan silaturahi­m masyarakat pelbagai kaum. Dengan adanya program seumpama ini, umat Islam akan berebut-rebut untuk mengejar ganjaran dan kenikmatan bulan yang penuh barakah.

Pelbagai aktiviti disusun bagi merancakka­n lagi program, termasukla­h Ambang Ramadan, Jom Infa’ Moreh, Kuliah Ilmu Kitab Fiqh Manhaji, Iftar Perdana dan Tadarus Al Quran. Penglibata­n warga kampus dalam aktiviti yang dianjurkan amat menggalakk­an, termasukla­h penglibata­n siswa dan pensyarah bukan Islam dalam aktiviti Iftar Perdana.

Penyelaras program Wan Kamarulzam­an Wan Yusoff berkata program itu bertujuan melahirkan warga institut yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam khususnya di dalam Ramadan al Mubarak.

“Selain dapat mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat, program ini juga sebagai platform untuk menyemai rasa bersyukur dengan nikmat keselesaan hidup dan kesihatan dalam kalangan warga institut serta turut sama bersimpati memberi sumbangan untuk mereka yang kurang bernasib baik,” katanya semasa merumus program sebulan itu.

Pengisian kuliah dan tazkirah sarat dengan pesanan, pedoman serta mendorong warga kampus untuk menghormat­i dan mengambil peduli terhadap kelebihan bulan Ramadan. Puasa mendidik umat Islam menuturkan kalimah dan ucapan yang baik. Sentiasa mengungkap­kan kalimah mulia kerana amalan baik adalah sedekah yang digandakan pahalanya.

Elakkan melakukan perkara yang boleh mencemarka­n kesucian Ramadan dan juga menyakitka­n hati orang lain sama ada dengan perlakuan ataupun ucapan. Tidak cukup dengan itu, puasa juga melatih manusia menjaga hati dan juga lidah serta pancainder­a lain.

Aktiviti Jom Infa’ Moreh yang menyasarka­n pensyarah dan kakitangan pentadbira­n pula bertujuan meningkat tahap kepedulian terhadap golongan yang memerlukan, sekali gus menyuburka­n semangat suka menderma dalam kalangan warga kampus. Aktiviti itu bersifat inklusif Japim dalam merakyatka­n IPG Kampus Keningau sebagai institusi pendidikan unggul di pedalaman Sabah.

Rasulullah SAW bersabda yang antara lain bermaksud, di bulan Ramadan yang mulia digalakkan umat Islam menggandak­an bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan bersedekah kepada golongan yang memerlukan.

Begitu besar rahmat di bulan ini, Allah melipat gandakan pahala dan menjanjika­n kebaikan terhadap umat Islam yang merebut peluang yang hadir hanya selama sebulan sekali setiap tahun. Menyedari kelebihan beramal di bulan Ramadan ramai yang mengambil kesempatan bersedekah.

Selain itu, dalam bulan Ramadan diseru kepada umat Islam untuk membaca alQuran dan terjemahan­nya. Ramadan adalah bulan al-Quran diturunkan sebagaiman­a firman Allah Ta’ala yang membawa maksud: ‘Bulan Ramadan, bulan yang diturunkan di dalamnya al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu serta pembeza (hak dan batil).’

Justeru, aktiviti Tadarus al-Quran dalam kalangan siswa dan kakitangan IPG Kampus Keningau. Paltform ini nyata memberi ruang dan peluang kepada siswa dan kakitangan untuk memperbetu­lkan bacaan, selain menerapkan nilai peri pentingnya mempelajar­i kitab Allah ini.

“Seharusnya, bulan Ramadan ini menjadi pemangkin untuk lebih mendalami al-Quran. Biarpun ia sekadar satu ayat, tetapi cukup untuk memberi kesan yang begitu mendalam kepada kehidupan kita,” kata salah seorang peserta tadarus.

“Oleh itu, manfaatkan­lah waktu kita di dalam bulan Ramadan dengan membaca al-Quran. Dalam sebuah hadis diterangka­n bahawa setiap huruf al-Quran yang kita baca adalah sepuluh pahala. Apatah lagi dalam bulan Ramadan, setiap amalan dan ibadah yang dikerjakan sudah tentunya akan dilipat gandakan pahala.”

Kemuncak Program Semarak Ramadan kali ini ialah aktiviti Iftar Perdana yang berlangsun­g di Dewan Tan Sri Suffian Koroh di sini. Penganjura­n kali ini nyata mendapat respon positif semua pihak termasuk daripada siswa dan pensyarah bukan Islam.

Keharmonia­n masyarakat berbilang kaum nyata dapat diterjemah­kan melalui program dan aktiviti sebegini. Usaha dakwah yang tidak mengenal sempadan bangsa dan kaum ini, nyata mampu membuka mata banyak pihak dalam melihat kepada methodolog­i dakwah dalam Islam yang unik dan dinamik.

Turut hadir di majlis berkenaan ialah Timbalan Pengarah Losoyun @ Juhilin Takun, sekali gus merasmikan penutupan program gilang gemilang itu. Beliau menzahirka­n penghargaa­n kepada semua pihak, termasuk komitmen berterusan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral menerusi JKM dalam mengatur agenda pembanguna­n ummah secara holistik.

“Harapan saya, agar Program Semarak Ramadan ini akan meninggalk­an impak positif yang tinggi terhadap kualiti iman dan amal kita, InsyaAllah.

“Tidak ada musibah yang lebih besar kecuali habisnya bulan Ramadan dan ketika langit dan bumi menangis kerana habisnya anugerah dan kemuliaan ini,” katanya.

Selain dapat mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat, program ini juga sebagai platform untuk menyemai rasa bersyukur dengan nikmat keselesaan hidup dan kesihatan dalam kalangan warga institut serta turut sama bersimpati memberi sumbangan untuk mereka yang kurang bernasib baik.

WAN KAMARULZAM­AN WAN YUSOFF

Penyelaras program

 ??  ?? PENGLIBATA­N menjayakan program ilmu, bukti kesungguha­n untuk memperbaik­i kualiti iman dan amal dalam kalangan pensyarah dan staf.
PENGLIBATA­N menjayakan program ilmu, bukti kesungguha­n untuk memperbaik­i kualiti iman dan amal dalam kalangan pensyarah dan staf.
 ??  ?? BIARPUN ia sekadar satu ayat dibaca, namun sudah cukup untuk memberi kesan yang begitu mendalam kepada kehidupan.
BIARPUN ia sekadar satu ayat dibaca, namun sudah cukup untuk memberi kesan yang begitu mendalam kepada kehidupan.
 ??  ?? KAKITANGAN institut tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam aktiviti tadarus al-Quran.
KAKITANGAN institut tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam aktiviti tadarus al-Quran.
 ??  ?? PARA pensyarah muslim dan bukan muslim turut memeriahka­n aktiviti Iftar Perdana.
PARA pensyarah muslim dan bukan muslim turut memeriahka­n aktiviti Iftar Perdana.
 ??  ?? PARA peserta tekun mengikuti aktiviti kuliah pengajian Kitab Fifh Manhaji.
PARA peserta tekun mengikuti aktiviti kuliah pengajian Kitab Fifh Manhaji.
 ??  ?? JUHILIN sempat beramah mesra dengan tetamu jemputan yang hadir serta menyantuni isu yang dikemukaka­n.
JUHILIN sempat beramah mesra dengan tetamu jemputan yang hadir serta menyantuni isu yang dikemukaka­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia