Utusan Borneo (Sabah)

Polis buka kertas siasatan

-

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan terhadap tokoh wartawan veteran Datuk A. Kadir Jasin (gambar) berhubung pendedahan dakwaan perbelanja­an Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V sebanyak RM256.9 juta dalam tempoh 16 bulan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata kertas siasatan berkenaan dibuka mengikut Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana fitnah.

Beliau berkata kertas siasatan berkenaan dibuka selepas polis menerima tiga laporan berhubung kes itu yang melibatkan Kadir.

“Polis terima hanya tiga laporan setakat ini dan mungkin ada banyak lagi laporan polis yang akan dibuat berhubung kes ini serta siasatan lanjut sedang dibuat.

“Oleh yang demikian, siasatan kes berkenaan akan dikendalik­an oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman,” katanya pada sidang akhbar pelancaran Op Selamat 13/2018 sempena Hari Raya Aidilfitri di Pusat Konvensyen Telekom Malaysia di sini, pada Khamis.

Pada Rabu, media melaporkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyiasat dakwaan yang dibuat Kadir menerusi blog peribadiny­a.

Di dalam blog itu, Kadir mendedahka­n sebanyak RM257 juta digunakan untuk perbelanja­an hidup dan peribadi Sultan Muhammad V dalam tempoh 16 bulan sejak dilantik sebagai Yang diPertuan Agong.

Selain itu, lembaran terperinci perbelanja­an itu juga turut tersebar di media sosial dan aplikasi WhatsApp.-Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia