Utusan Borneo (Sabah)

Jamal guna laluan tikus

-

KUALA LUMPUR: Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos (gambar) dipercayai melarikan diri ke negara jiran menggunaka­n laluan tikus, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Beliau berkata hasil risikan polis mendapati Jamal dipercayai berada di Indonesia dan usaha mengesan lokasi sebenar beliau sedang giat dilaksanak­an.

Mohamad Fuzi berkata polis ketika ini telah mendapatka­n kerjasama daripada pihak berkuasa Indonesia untuk membantu mengesan Jamal.

“Kami percaya dia menggunaka­n laluan tikus untuk keluar dari negara ini selepas pihak Jabatan Imigresen tidak mempunyai rekod menunjukka­n dia (Jamal) keluar dari negara ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarka­n OpSelamat1­3/2018sempen­a perayaan Hari Raya Aidilfitri di pusat konvensyen Telekom Malaysia, di sini, pada Khamis.

Sebelum ini, Mohamad Fuzi Harun mengesahka­n waran tangkap terhadap Jamal telah dikeluarka­n oleh Mahkamah Majistret Ampang pada Jumaat lalu mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan iaitu melarikan diri daripada tahanan yang sah.

Jamal dilapor menghilang­kan diri selepas didakwa di Hospital Pakar Ampang Puteri pada 25 Mei dengan kehilangan­nya disedari Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam yang menguruska­n proses ikat jamin beliau kira-kira 5.30 petang.

Jamal, 48, didakwa atas pertuduhan melakukan mudarat awam dengan memecahkan botol arak menggunaka­n penukul besi di hadapan pintu pagar keluar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam, Selangor pada 5 Okt lepas.-Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia