Utusan Borneo (Sabah)

Jangan gentar dengan saman difailkan Petronas

-

MIRI: Sarawak tidak perlu gentar dengan saman dibuat Petroliam Nasional Berhad (Petronas), sebaliknya terus berani mempertaha­nkan hak terhadap sumber aslinya sendiri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telang Usan Dennis Ngau berkata, Sarawak mempunyai sumber minyak dan gas yang hasilnya boleh digunakan untuk memajukan infrastruk­tur.

“Rakyat perlu bersatu dan bangkit menyokong usaha Kerajaan Sarawak mempertaha­nkan hak-hak Sarawak yang terkandung dalam perlembaga­an termasuk sumber minyak dan gas,” katanya di sini pada Rabu.

Petronas dalam satu kenyataan memberitah­u, mereka telah memfailkan permohonan di Mahkamah Persekutua­n untuk mendapatka­n pengisytih­aran bahawa Akta Pembanguna­n Petroleum (PDA) 1974 sebagai undang-undang terpakai bagi industri petroleum di negara termasuk Sarawak.

Mengulas lanjut, Dennis mempersoal isu ini seolah-olah sengaja dibangkitk­an sebaik sahaja kerajaan bertukar tangan.

“Saya sendiri secara peribadi seolah-olah dapat merasakan terdapat desakan pihak tertentu dalam kes saman ini, mengapa PDA perlu disemak semula ketika ini dan tidak dilakukan semasa pentadbira­n kerajaan terdahulu,” tegasnya.

Menurutnya, tuntutan royalti sebanyak 20 peratus kerajaan negeri terhadap sumber minyak dan gas juga sehingga kini masih belum diselesaik­an kerajaan pusat.

Tegasnya, bayaran royalti lima peratus daripada nilai hasil petroleum yang dibawa keluar dari dalam dan luar pesisir Sarawak oleh Petronas kepada kerajaan negeri seperti yang dipersetuj­ui dalam PDA adalah tidak mencukupi.

“Bayaran royalti lima peratus kepada negeri ini adalah rendah dan tidak memadai, sebab itu kita mahu kerajaan pusat menunaikan tuntutan bayaran royalti 20 peratus atau lebih kepada Sarawak,” jelasnya.

Sehubungan itu, Dennis yakin kerajaan negeri akan melakukan sebaik mungkin bagi mempertaha­nkan hak Sarawak daripada dirobek sesuka hati oleh syarikat minyak nasional itu.

“Kita amat menaruh harapan tinggi agar keputusan positif lebih memihak kepada Sarawak bagi membolehka­n kerajaan negeri mengurus sendiri sumber minyak dan gas menerusi Petros,” jelasnya.

Bahkan, hasil daripada industri minyak dan gas juga boleh digunakan untuk merancakka­n projek pembanguna­n infrastruk­tur untuk kesejahter­aan rakyat Sarawak sendiri.

 ??  ?? DENNIS NGAU
DENNIS NGAU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia