Utusan Borneo (Sabah)

PH Sarawak harus menentang permohonan Petronas mendapatka­n deklarasi PDA 1974

-

KUCHING: Kepimpinan Pakatan Harapan (PH) Sarawak seharusnya menentang permohonan Petronas di Mahkamah Persekutua­n untuk mendapatka­n deklarasi mengenai Akta Pembanguna­n Petroleum (PDA) 1974 bukannya menuding jari terhadap kerajaan negeri.

Setiausaha Publisiti dan Maklumat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Batu Lintang Datuk Lau Pan Heng berkata mereka sepatutnya menyokong kerajaan negeri, di mana mereka boleh mengusulka­n rang undang-undang baharu atau memansuhka­n akta tersebut dalam Parlimen.

Tetapi sebaliknya, beliau berkata amat mengejutka­n apabila mereka telah menyatakan bahawa tindakan undangunda­ng itu memberi peluang kepada Kerajaan Sarawak untuk membuktika­n tuntutanny­a ke atas PDA.

“Tanpa menuntut perpaduan rakyat Sarawak untuk menentang tindakan undangunda­ng ini, mereka hanya menuding jari sahaja.

“Ia adalah jelas sekarang bahawa kepimpinan PH Sarawak tidak ada pengaruh di Putrajaya.

“Oleh itu, kita sebagai rakyat Sarawak mesti menyokong Kerajaan Sarawak pada waktu yang sukar sekarang,” katanya menerusi kenyataan akhbar, semalam.

Lau turut menyuaraka­n kebimbanga­n mengenai tindakan yang diambil oleh Petronas di mana tidak sampai sebulan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Katanya, ia telah menyinggun­g perasaan setiap warga Sarawak khususnya jika tindakan undang-undang oleh Petronas itu difailkan dengan restu kerajaan persekutua­n pimpinan PH.

“Ini bercanggah dengan Janji 41 dalam Buku Harapan yang merupakan manifesto PH, iaitu memastikan ekonomi Sarawak dan Sabah berkembang dengan lebih pesat demi memakmurka­n kehidupan rakyat keseluruha­nnya,” katanya.

Justeru, beliau berkata SUPP Batu Lintang akan menyokong kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian dalam tindakan undang-undang oleh Petronas ini.

“Kami percaya keadilan akan mengatasi segalanya dan Sarawak akan mendapatka­n semula haknya yang hilang,” katanya.

Lau juga menyeru kepada Kerajaan Sarawak untuk melindungi Sarawak dengan menuntut kuasa sepenuhnya ke atas industri minyak dan gas yang beroperasi di Sarawak demi manfaat rakyat Sarawak.

Pada masa sama, katanya Petronas mesti mengiktira­f Perjanjian Malaysia 1963 sebagai perjanjian antarabang­sa yang mesti dihormati.

“Sekarang adalah masanya untuk kita menuntut hak di bawah MA63. Jika hak tersebut pernah diambil daripada kita, sekarang adalah masanya untuk mengembali­kannya semula.

“Kita tidak akan bergerak ke hadapan jika kita asyik memandang ke belakang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia