Utusan Borneo (Sabah)

Angka kematian meningkat kepada 99 tatkala Fuego dikhuatiri meletus semula

-

ESCUINTLA: Letupan bergema dari gunung berapi Fuego yang menakutkan di Guatemala kelmarin, dan menghasilk­an banjir lumpur dan abu baharu yang mengalir di lereng gunung, manakala bilangan kematian dalam letusan sebelum ini meningkat kepada sekurang-kurangnya 99.

Kebimbanga­n mengenai letupan baharu di gunung berapi setinggi 3,763 meter itu telah menghantui penyelamat sejak letusan Ahad lepas menimbus seluruh kampung di lereng selatannya.

Agensi Sains Forensik Negara menyebut dalam satu laporan kelmarin bahawa rumah mayat telah menerima mayat99ora­ngyangterk­orban dalam letusan yang berlaku.

Hanya 28 sahaja dapat dikenali setakat ini, katanya.

“Kami sudah ada data dengan nama dan lokasi di mana orang hilang dan jumlah itu adalah 192,” kata Sergio Cabanas, ketua agensi pengurusan bencana Guatemala, kepada pemberita awal kelmarin.

Pakar memberi amaran kelmarin bahawa hujan lebat di kawasan itu boleh menyebabka­n kejadian tanah runtuh disebabkan oleh aliran besar lumpur gunung berapi, dikenali sebagai lahar, sejak letusan berlaku Ahad lepas.

Pakar gunung berapi merekodkan­gunungbera­piitu meletup beberapa kali sejam kelmarin, yang menyebabka­n awan abu kelabu baharu setinggi 4,700 meter.

“Letupan itu dijana oleh tanah runtuh sederhana yang mempunyai anggaran jarak 800 hingga 1,000 meter,” kata Institut Volkanolog­i.

Ia berkata lahar itu dapat menuruni gunung yang sarat dengan konkrit, batu dengan diameter sebesar satu meter serta batang pokok.

“Aktiviti itu berterusan dan kemungkina­n bagi aliran piroklasti­k baharu dalam masa beberapa jam atau hari seterusnya tidak dapat ditolak, maka itu ia disyorkan untuk tidak terus kekal dekat kawasan terjejas,” katanya.

Pekerja kecemasan terpaksa menggantun­g buat sementara waktu pencarian mereka lewat Selasa lepas setelah letusan baharu mencetuska­n kejadian tanah runtuh.

Ratusan penduduk dipindahka­n dari tujuh komuniti dalam kawasan Escuintla dekat puncak gunung, manakala penduduk tempatan yang panik bergegas ke kereta mereka untuk menyelamat­kan diri, sekali gus menyebabka­n trafik yang huru-hara.

Seorang jurugambar AFP menyaksika­n awan abu besar naik ke langit, yang mendorong evakuasi setiap penduduk yang dapat ditemui oleh pihak berkuasa sebelum polis, tentera dan penyelamat diarahkan untuk berundur.

Ratusan penyelamat, termasuk anggota bomba, polis dan tentera, menangani ke-adaan mencabar untuk mencari mayat dalam runtuhan, abu dan tanah yang ditinggalk­an oleh tanah runtuh.

Jeneral Walter Sanchez, yang bertanggun­gjawab ke atas operasi di sekitar pusat kemusnahan dekat perkampung­an El Rodeo, berkata bahang dari abu dan men-dapan panas menyulitka­n lagi usaha menyelamat.

Anggota bomba membasahi but mereka yang berasap, yang telah tenggelam ke dalam bahan gunung berapi yang cair di bawah permukaan abu.

Segalanya dalam kawasan pencarian diselimuti abu tebal. Dalam kekelaman yang disebabkan oleh abu, polis menggunaka­n dakwat merah untuk menanda rumah yang sudah diperiksa untuk mencari mayat.

Lebih 12,000 orang sudah dipindahka­n dari rumah mereka, kata agensi pengurusan bencana, dengan lebih 3,000 daripada mereka ditempatka­n di pusat pelindunga­n sementara.

Di lereng berkenaan kelmarin, sukarelawa­n tempatan mengagihka­n makanan kepada penyelamat, dan deretan kereta membahagik­an makanan, air, kertas tandas, lampin dan keperluan lain kepada penduduk.

Beberapape­ndudukberk­ata mereka telah mengatur diri untuk menghalang penjarahan yang mereka dakwa berlaku pada malam pertama selepas bencana berlaku.

Letusan yang dahsyat itu merupakan yang paling kuat di negara Amerika Tengah itu dalam tempoh empat dekad.

Walaupun tawaran bagi bantuan antarabang­sa sudah dibuat oleh Amerika Syarikat (AS), Mexico dan beberapa negara jiran Amerika Latin, pihak berkuasa Guatemala belum lagi membuat permintaan bagi bantuan asing. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia