Utusan Borneo (Sabah)

Latihan ketenteraa­n tangkis ‘penceroboh­an’ China di Taiwan

-

TAIPEI: Jet pejuang, helikopter dan ribuan anggota tentera di Taiwan menentang simulasi penceroboh­an oleh China semalam pada waktu pulau yang memerintah diri itu berdepan dengan tekanan ketenteraa­n dan diplomatik yang semakin meningkat daripada Beijing.

Hubungan antara Taipei dan Beijing semakin buruk sejak Presiden Tsai Ing-wen dipilih pada 2016, selepas kerajaanny­a enggan meng-akui bahawa Taiwan adalah sebahagian daripada “satu China”.

Latihan serangan hidup bermula Isnin lepas apabila anggota tentera melakonkan serangan udara dan pantai mengejut untuk mencermink­an ancaman ketenteraa­n yang semakin meningkat dari China, yang menganggap Taiwan sebagai sebuah wilayah pemberonta­k yang perlu dibawa balik ke dalam lingkungan­nya – dengan menggunaka­n kekerasan, jika perlu.

Tsai menyaksika­n sesi latihan ‘Han Kuang’ (Keagungan Han) yang sedang berlangsun­g semalam dan melibatkan 4,100 askar, helikopter serangan dan jet pejuang dari sebuah pangkalan udara di Taichung.

Senario semalam melakonkan serangan bom musuh ke atas sebuah lapangan terbang dan satu serangan tentera payung terjun, dengan tentera udara dan darat yang dikerahkan untuk merampas semula pangkalan tersebut.

Sebuah jet pejuang F-16 terbang di udara dan menggunaka­n suar dalam satu gerakan pertahanan menentang misil yang mencari bahang. Pasukan operasi khas kelihatan bergerak untuk melin-dungi sebuah bangunan.

“Saya sudah melihat keupayaan anggota tentera kita dan saya percaya bahawa anggota tentera kita dapat mencapai matlamat bagi ‘pertahanan mantap dan pelbagai pencegahan’,” kata Tsai.

China mengadakan latihan serangan hidupnya sendiri pada April lalu di Selat Taiwan – saluran air sempit yang memisahkan tanah besar China dari Taiwan – selepas gerakan tentera laut dan udara selama berminggu-minggu di kawasan berkenaan.

Beijing turut meningkatk­an lagi tekanan diplomatik ke atas Taipei, dengan memujuk empat negara untuk mengalihka­n taat setia daripada Taiwan kepada China sejak Tsai memegang kuasa.

Pada Isnin lepas, juruterban­g sebuah jet F-16 yang terbabit dalam latihan ber-kenaan maut selepas pesawat terhempas di atas sebuah gunung di utara Taiwan.

Punca insiden itu masih dalam siasatan. — AFP

 ??  ?? ANGGOTA tentera mengambil bahagian dalam latihan ketenteraa­n Han Kuang mensimulas­ikan Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) menceroboh pulau itu di Pangkalan Udara Ching Chuan Kang di Taichung, Taiwan semalam. — Gambar Reuters
ANGGOTA tentera mengambil bahagian dalam latihan ketenteraa­n Han Kuang mensimulas­ikan Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) menceroboh pulau itu di Pangkalan Udara Ching Chuan Kang di Taichung, Taiwan semalam. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia