Utusan Borneo (Sabah)

Penyakit misteri resahkan konsulat AS di China

Simptom bunyi aneh menyebabka­n mangsa mengalami kecederaan seperti trauma otak

-

WASHINGTON: Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) telah mengeluark­an lebih ramai kakitangan dari China kerana bimbang mereka mungkin dijangkiti penyakit misteri yang telah dialami rakan sekerja lain di negara Asia itu dan Cuba.

Jabatan itu kelmarin berkata “beberapa individu” telah dihantar ke AS untuk pemeriksaa­n lanjut selepas pemeriksaa­n awal.

Sebuah pasukan perubatan telah dihantar ke bandar raya selatan Guangzhou selepas seorang pekerja Amerika yang mengalamib­unyianehdi­diagnos dengan trauma otak pada bulan lepas, dan menimbulka­n semula kebimbanga­n bahawa musuh AS telah membuat sejenis alat akustik atau mikrogelom­bang.

Pegawai AS berkata simptom pekerja itu konsisten dengan penyakit yang dialami diplomat AS di Cuba pada tahun lepas.

Selepas insiden pertama di Guangzhou, ujian perubatan ditawarkan kepada pekerja kerajaan AS dan ahli keluarga yang memintanya, kata Jabatan Negara.

“Pemeriksaa­n perubatan sentiasa dijalankan bagi mana-mana kakitangan yang telah memerhatik­an simptom membimbang­kan atau mahu pemeriksaa­n asas,” jurucakap Jabatan Negara Heather Nauert menyebut dalam satu kenyataan.

“Profesiona­l perubatan AS akan terus menjalanka­n penilaian sepenuhnya untuk menentukan punca simptom yang dilaporkan dan sama ada penemuan itu konsisten dengan penemuan yang di-perhatikan pada kakitangan kerajaan yang dijangkiti sebelum ini atau mungkin tiada kaitan langsung.”

Pada tahun lepas 24 diplomat AS dan ahli keluarga mereka di Cuba menjadi mangsa “serangan” misteri yang menyebabka­n mereka mengalami kecederaan yang menyerupai trauma otak.

Sepuluh diplomat Kanada dan ahli keluarga mereka turut mengalami penyakit yang aneh itu.

Washington telah menyatakan pada masa lalu bahawa pihak berkuasa Cuba mesti memikul tanggungja­wab bagi keselamata­n diplomat AS di bumi mereka tetapi kerajaan Havana menafikan tahumenahu tentang mana-mana serangan.

AS sudah menubuhkan pasukan petugas untuk menyelia tindakan kepada penyakit misteri itu di kalangan diplomat di China dan Cuba, kata Setiausaha Negara Mike Pompeo pada Selasa lepas.

JabatanNeg­aratelahme­mberi amaran agar diplomat AS harus memaklumka­n kakitangan perubatan di misi mereka “jika mereka memerhatik­an simptom baharu yang mungkin telah bermula dan ada kaitan dengan sensasi auditori yang tidak dikenali”. — AFP

 ??  ?? GAMBAR dirakam kelmarin menunjukka­n pintu masuk ke konsulat AS di Guangzhou, China. — Gambar Reuters
GAMBAR dirakam kelmarin menunjukka­n pintu masuk ke konsulat AS di Guangzhou, China. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia