Utusan Borneo (Sabah)

MAIWP Labuan ceriakan 50 asnaf Pohon Batu

-

LABUAN: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (MAIWP) Labuan telah menceriaka­n 50 golongan asnaf yang bermastaut­in di Kampung Pohon Batu pada majlis sumbangan barangan keperluan yang diadakan di Masjid Al-Munawwar, Kampung Pohon Batu, malam Selasa.

Setiap asnaf menerima hamper bernilai RM100 yang mengandung­i barangan keperluan harian termasuk beras, gula, garam, kicap dan tepung.

Majlis penyerahan sumbangan disempurna­kan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Agama Islam (Jawi) Labuan Ustaz Sabarudin Hassan.

Pada majlis itu, Sabarudin turut menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Pengerusi Masjid Haryadi Omar.

Turut hadir, Penolong Pengarah Kanan Cawangan Pengurusan Masjid Jawi Labuan Ustaz Mohd Zaki Mat Salleh, Pengarah Jabatan Penerangan Labuan Azman Sipan, Ketua Kampung Pohon Batu Dasuki Zainal dan Imam 1 Ustaz Abd Rahman Muha.

Sementara itu, Haryadi mengucapka­n terima kasih kepada MAIWP Labuan yang membantu meringanka­n beban kewangan golongan asnaf termasuk warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan wanita.

Katanya, menerusi bantuan barangan keperluan harian itu, golongan asnaf diharap dapat memanfaatk­annya sepanjang bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

“Bagi pihak penerima sumbangan, saya mengucapka­n terima kasih kepada MAIWP Labuan atas keprihatin­an mereka membantu golongan asnaf sempena Ramadan dan Aidilfitri pada tahun ini,” katanya.

Haryadi turut mengucapka­n terima kasih kepada MAIWP Labuan kerana memilih warga Kampung Pohon Batu untuk menerima bantuan itu pada tahun ini.

Sabarudin bersama tetamu dan jemaah kemudianny­a menghadiri majlis berbuka puasa, solat Maghrib, Isyak dan Tarawih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia