Utusan Borneo (Sabah)

Hasilkan tanaman lain di ladang sawit

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Peladang sawit di negeri ini digalakkan untuk menanam jenis tanaman lain yang mempunyai pasaran lebih menguntung­kan.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Junz Wong berkata, beliau akan mengemukak­an cadangan kepada Ketua Menteri agar ladang sawit juga perlu ditanam dengan tanaman lain.

Katanya, Jabatan Pertanian membuat penyelidik­an melibatkan pelbagai jenis tanaman termasukla­h kelapa, nanas, durian dan manggis.

“Semua jenis tanaman ini mempunyai keuntungan yang lebih baik berbanding sawit.

“Kementeria­n akan membuat kajian menyeluruh dan polisi baharu untuk dihantar kepada Kabinet negeri selepas tamat tempoh penanaman sawit.

“Hasrat menggantik­an sawit dengan tanaman lain juga bertujuan mengurangk­an tanaman berkenaan kerana sudah terlalu banyak sawit ditanam di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyampaik­an amanat kepadawarg­akementeri­annya di sini pada Khamis.

Junz berkata, kekurangan dari aspek infrastruk­tur, teknologi, pemasaran dan bahan tanaman antara cabaran yang dihadapi untuk memajukan tanaman yang sudah dikenal pasti.

Katanya, aspek pemasaran adalah penting bagi memastikan hasil tanaman makanandap­atdiketeng­ahkan kepada pengguna tempatan dan luar negeri.

“Bagi menjayakan usaha ini, kita perlu mengambil kira beberapa perkara seperti penjenamaa­n untuk menembusi pasaran antarabang­sa, kualiti, kelestaria­n serta persijilan,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia