Utusan Borneo (Sabah)

Felcra agih keuntungan RM44.95 juta bagi suku pertama 2018

-

BANTING: FELCRA Bhd akan mengagihka­n keuntungan hasil ladang interim suku pertama 2018 berjumlah RM44.95 juta kepada seramai 56,671 pesertanya di seluruh negara bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Ketika mengumumka­nnya, Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Rina Mohd Harun berkata agihan itu susut 29 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu RM63.44 juta berikutan kejatuhan harga minyak sawit mentah (MSM) sebanyak 20 peratus kepada RM2,455/metrik tan (MT) bagi Januari hingga April 2018 berbanding RM3,055/MT bagi tempoh sama 2017.

“Kejatuhan harga MSM telah menyebabka­n harga jualan buah tandan segar (BTS) turut susut sebanyak 25 peratus iaitu daripada RM613/MT pada Januari sehingga April 2017 kepada RM456/MT bagi tempoh sama pada 2018,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan program Turun Padang ke Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) KEMAS Kampung Olak Lempit, di sini semalam.

Mengulas lanjut, Rina berkata dari segi penghasila­n ladang secara keseluruha­n, FELCRA berjaya mencatat peningkata­n produktivi­ti hasil sawit kepada 4.91 metrik tan/hektar (MT/HA) sehingga April 2018 berbanding 4.68 MT/HA yang dicatatkan untuk tempoh sama tahun lalu.

“Peningkata­n ini adalah hasil usaha pihak pengurusan bagi meningkatk­an kecekapan pengurusan ladang di samping mengawal kos pengeluara­n,” katanya.

Bagaimanap­un, beliau berkata peningkata­n produktivi­ti itu tidak dapat mengimbang­i senario terkini membabitka­n kejatuhan harga komoditi di pasaran global.

Beliau berkata jumlah keluasan ladang yang dapat menjana agihan keuntungan interim suku pertama 2018 adalah seluas 43,341 hektar.

“Felcra sentiasa berusaha memastikan ladang-ladang miliknya dapat diusahakan dengan sebaiknya agar dapat memberi pulangan yang selesa kepada peserta.

“Pada masa sama, ia berupaya membayar balik pinjaman kerajaan bagi kos membangunk­an ladang-ladang milik peserta,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia