Utusan Borneo (Sabah)

Farley sasar 1,000 peserta peraduan mewarna 24 Jun

-

SIBU: Pasaraya Farley menyasarka­n kira-kira 1,000 peserta akan mengambil bahagian dalam Peraduan Mewarna Kanak-Kanak 2018 di premisnya di Jalan Salim, di sini pada 24 Jun ini.

Menurut jurucakapn­ya pada sidang media di sini semalam berkata, pertanding­an yang bermula pada jam 8 pagi itu terbuka kepada semua kanak-kanak yang berumur lima tahun hingga 12 tahun.

“Dengan syarat, ibu bapa atau penjaga mereka membuat pembelian sebanyak RM30 ke atas untuk produk Dugro.

“Setiap resit pembelian hendaklah ditunjukka­n kepada kakitangan kami, baharulah borang penyertaan akan diberikan kepada mereka,” jelasnya sambil menambah bahawa Dugro adalah penaja utama.

Katanya, resit yang kabur tidak akan dilayan untuk menukarnya dengan borang penyertaan.

“Resit ini hendaklah terang dan ia adalah bentuk pertukaran kita untuk mendapatka­n borang penyertaan,” tambahnya lagi.

Peraduan ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu kategori Kumpulan A (Tahun 4-6), kategori Kumpulan B (Tahun 1-3) dan kategori Kumpulan C (Tadika berumur 5-6 tahun).

Semua peserta dikehendak­i membawa bahan-bahan pewarna mereka sendiri dan perlu melapor diri kepada pihak penganjur 30 minit sebelum pertanding­an bermula.

Pelbagai hadiah menarik disediakan kepada para pemenang.

Di samping itu, pihak penganjur turut menyediaka­n 10 hadiah sagu hati dan 15 hadiah untuk mereka yang berpotensi sebagai hadiah galakan.

Dalam pada itu, pihak penganjur turut memberikan hadiah kepada semua peserta yang menyertai pertanding­an ini tidak kira kalah ataupun menang.

Borang boleh diambil di kaunter khidmat pelanggan Pasaraya Farley bersebelah­an Farley Bakery.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 18 Jun ini.

 ??  ?? ANTARA hadiah-hadiah yang ditawarkan pada Peraduan Mewarna Kanak-Kanak 2018 anjuran Pasaraya Farley di Sibu.
ANTARA hadiah-hadiah yang ditawarkan pada Peraduan Mewarna Kanak-Kanak 2018 anjuran Pasaraya Farley di Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia