Utusan Borneo (Sabah)

Dinosaur kembali gegar pawagam dalam sekuel baru ‘Jurassic World’

-

DINOSAUR sudah kembali semula.

Makhluk yang mengaum itu kembali ke skrin pawagam dalam ‘Jurassic World: Fallen Kingdom’, filem kelima dalam francais filem sains fiksyen itu yang bermula 25 tahun lalu.

Sekuel kepada ‘Jurassic World’ pada 2015 menyaksika­n dua pelakon Chris Pratt dan Bryce Dallas Howard membawa semula watak masingmasi­ng sebagai Owen dan Claire dan kembali ke Isla Nublar, tiga tahun selepas taman tema dinosaur di sana dimusnahka­n oleh makhluk-makhluk tersebut yang melepaskan diri daripada kurungan.

Dengan letusan gunung berapi yang mengancam dinosaur yang masih hidup di pulau tersebut, Claire dan Owen mahu menyelamat­kan mereka.

‘Jurassic World’ berjaya menghidupk­an semula francais filem ‘Jurassic Park’, yang bermula dengan filem pada 1993 yang diarahkan oleh Steven Spielberg dan mengaut AS$1.67 bilion di ‘box office’ seluruh dunia.

Membuat sekuel itu, yang dinanti-nantikan oleh peminat, adalah satu “tanggungja­wab besar”, kata pengarah J.A. Bayona di satu di satu acara ‘photocall’ di London untuk mempromosi­kan filem tersebut baru-baru ini.

“Kita benar-benar perlu membuat sesuatu yang akan memuaskan hati mereka, tetapi pada masa yang sama kita mencari sesuatu untuk mengejutka­n mereka. Itu adalah perkara paling mencabar tentang membuat sekuel,” katanya kepada Reuters.

“Kita juga mahu kembali kepada rasa takut dan suspen yang ada dalam filem asal ‘Jurassic Park’, jadi kita benar-benar seronok menambah semua ketegangan dan suspen ini dan malah keseraman kepada lembaran baharu ini.”

Pratt, yang turut berlakon dalam filem-filem adiwira ‘Guardians of the Galaxy’, berkata terdapat selera untuk filem dinosaur.

“Budak-budak amat menyukai adiwira tetapi budak-budak juga amat menyukai dinosaur,” katanya kepada Reuters.

“Sains dan imaginasi bergabung. Kami memaparkan makhlukmak­hluk ini yang pada satu ketika dahulu benar-benar berjalan di atas bumi, sesuatu yang menakjubka­n. Budak-budak amat menyukai dinosaur dan begitu juga dengan si budak dalam jiwa orang dewasa.”

‘Jurassic World: Fallen Kingdom’ memulakan tayangan di pawagam seluruh dunia dari 6 Jun. — Reuters

 ?? — Gambar Reuters/ AFP ?? KEMBALI LAGI: (Dari kiri) Pengarah J.A. Bayona bersama dua bintang‘Jurassic World: Fallen Kingdom’Bryce Dallas Howard dan Chris Pratt semasa menghadiri sidang media bagi mempromosi­kan filem tersebut di Shanghai, China pada 30 Mei lepas manakala gambar...
— Gambar Reuters/ AFP KEMBALI LAGI: (Dari kiri) Pengarah J.A. Bayona bersama dua bintang‘Jurassic World: Fallen Kingdom’Bryce Dallas Howard dan Chris Pratt semasa menghadiri sidang media bagi mempromosi­kan filem tersebut di Shanghai, China pada 30 Mei lepas manakala gambar...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia