Utusan Borneo (Sabah)

PBB kemuka sekatan ketua pemerdagan­gan manusia

-

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB): Majlis Keselamata­n PBB kelmarin mengemukak­an sekatan terhadap enam ketua rangkaian pemerdagan­gan manusia yang beroperasi di Libya, yang pertama bagi badan dunia tersebut, menurut beberapa diplomat.

Proses itu diteruskan ketika Rusia “menarik balik penangguha­n yang dilakukan terhadap cadangan Belanda” untuk memasukkan enam orang itu dalam senarai hitam sekatan, menurut seorang diplomat, sambil menambah bahawa sekatan telah dikuatkuas­akan sertamerta.

“Pada musim luruh lepas, imej pendatang yang dijual sebagai hamba abdi di Libya telah mengejutka­n hati nurani kami, serta Majlis Keselamata­n berjanji akan mengambil tindakan,” kata utusan Amerika Syarikat (AS) ke PBB, Nikki Haley.

“Sekatan pada hari ini memberikan satu mesej yang kuat bahawa masyarakat antarabang­sa sedang bersatu untuk mendapatka­n akauntabil­iti bagi pelaku dalam penyeludup­an dan pemerdagan­gan manusia. Tiada tempat dalam dunia kami bagi salah laku sebegini terhadap hak asasi manusia dan maruah manusia.”

Sekatan – larangan perjalanan global dan pembekuan aset – menyasarka­n dua rakyat Eritrea dikatakan sebagai perancang utama dalam rangkaian penyeludup­an transnasio­nal dan empat rakyat Libya termasuk ketua unit pengawal pantai wilayah.

Senarai hitam sekatan telah dikemukaka­n pada 1 Mei dan Rusia menahan permintaan itu seminggu kemudian.AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia