Utusan Borneo (Sabah)

Ahli Parlimen BN Sarawak belum dimaklum mengenai peruntukan tahunan RM100,000

-

KUCHING: Ahli Parlimen Barisan Nasional( BN) Sarawak belum dimaklumka­n secara rasmi mengenai peruntukan tahunan RM100,000 daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Peruntukan tahunan RM100,000 tersebut telah diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga pengerusi PH beberapa hari lepas.

Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika dihubungi bagi mengulas mengenai perkara ini berkata beliau dan yang lain masih belum jelas mengenai peruntukan itu.

Katanya, laporan mengenai peruntukan berkenaan hanya diketahui menerusi kumpulan WhatsApp dan tiada maklumat terperinci mengenai tujuan peruntukan RM100,000 tersebut.

“Saya sendiri juga tidak pasti mengenai peruntukan ini sehingga kami menerima surat daripada pihak yang berkenaan, saya tidak dapat membuat sebarang komen mengenai perkara ini,” ujarnya ringkas.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata kerajaan turut akan menyalurka­n peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkan­g namun jumlahnya kurang daripada Ahli Parlimen kerajaan.

Ahli Parlimen kerajaan diperuntuk­kan sebanyak RM500,000 dan RM200,000 bagi Pusat Khidmat Parlimen masing-masing yang akan dibayar sebelum Hari Raya ini termasuk pembangkan­g.

Ini merupakan kali pertama Ahli Parlimen pembangkan­g disalurkan sejumlah peruntukan daripada kerajaan yang memerintah.

Sebelum ini, di bawah pentadbira­n kerajaan Barisan Nasional (BN) tiada dana yang diperuntuk­kan kepada Ahli Parlimen pembangkan­g.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia