Utusan Borneo (Sabah)

Kosovo tahan pasangan rancang serangan terhadap NATO di Perancis, Belgium

-

PRISTINA: Pihak berkuasa Kosovo telah menahan seorang lelaki dan seorang wanita yang disyaki merancang “serangan pengganas” terhadap pasukan tentera NATO, termasuk di beberapa tempat awam di Perancis dan Belgium, menurut sumber kehakiman kelmarin.

Dua rakyat Kosovo itu telah merancang “serangan nekad dengan beberapa kereta diisi dengan bahan letupan” terhadap anggota tentera KFOR (Pasukan Tentera Kosovo yang diketuai oleh NATO) di Kosovo dan turut merancang untuk “menyerang beberapa tempat yang sering dikunjungi oleh penduduk,” sebuah mahkamah Pristina menyatakan dalam satu kenyataan.

Identiti suspek tersebut, yang telah ditangkap pada Selasa lepas, tidak didedahkan, begitu juga dengan motif mereka.

Salah seorang daripada suspek juga mempunyai kerakyatan Belgium.

Kedua-dua mereka telah ditahan selama sebulan, sejajar dengan undangunda­ng Kosovo, menurut mahkamah.

Berdasarka­n kepada anggaran rasmi di Kosovo, kirakira 300 rakyat Kosovo telah pergi ke Syria untuk berjuang dengan Islamic State, dan lebih dari 50 telah terbunuh di sana. Namun 130 telah kembali ke Kosovo.

Pada 2015 Combating Terrorism Center di West Point di Amerika Syarikat telah menganggar­kan bahawa dengan satu populasi seramai 1.8 juta orang, Kosovo adalah salah seorang dari sumber paling penting pejuang jihad di Syria dan di Iraq.

Pada Mei lepas, sebuah mahkamah Kosovo telah menjatuhka­n hukuman terhadap lapan pejuang Islamis penjara selama lebih dari 10 tahun kerana merancang untuk menyerang pasukan bola sepak negara Israel dalam satu perlawanan kelayakan Piala Dunia di Albania pada 2016.

Kebanyakan mereka adalah rakyat Albania Kosovo.

Kira-kira 90 peratus dari 1.8 juta penduduk Kosovo beragama Islam, namun majoriti besar daripada mereka adalah sederhana. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia