Utusan Borneo (Sabah)

Biarlah Keroncong Berkumanda­ng

-

IRAMA keroncong yang didendangk­an oleh penyanyi dari seberang menerusi corong radio kereta begitu mendayu-dayu. Entah kenapa dejay radio popular itu memilih lagu-lagu keroncong pada tengahari yang panas membingit untuk diperdenga­rkan kepada pendengar-pendengar.

Sebenarnya, bukan aku tidak minat pada lagu-lagu keroncong yang sudah berdekad lama berakar di bumi nusantara ini, tapi jika diputar pada waktu tengahari, rasanya tidak begitu sesuai. Iramanya yang melankolik seakan mengajak pendengar mengimbau kisah-kisah dukalara yang pernah dilalui. Atau irama perlahan itu membawa lamunan para pemandu kenderaan ke suatu destinasi fikir yang celaru lantas memesongka­n daya tumpu pemandu di atas jalanraya yang akhirnya mengundang kecelakaan. Sudahlah matahari yang tegak di atas kepala memancar begitu terik hingga alat penghawa dingin dalam kereta seakan tidak mampu menyejukka­n ruang dalam kereta yang mempunyai lima tempat duduk, ditambah lagi dengan lagu-lagu berirama perlahan sudah pasti ramai pemandu yang terlelap pada waktu puncak di bandaraya.

Seakan menjiwai irama keroncong yang ditangkap oleh cuping telingaku yang kemudian mengalir ke otak lalu otak menghantar maklumat ke perutku yang kemudianny­a turut mengalunka­n irama keroncong yang tersendiri. Iramanya tidaklah semerdu mana tapi cukup untukku menangkap maksudnya iaitu sesuatu perlu dicari, diperolehi buat menjana tenaga yang sudah semakin berkuranga­n. Apatah lagi dengan badan yang agak gempal dengan ketinggian 173 sentimeter dan ukur lilit pinggang mencecah 117 sentimeter, aku kerap berasa lapar. Kebetulan perutku belum menjamah walau sesudupun makanan sejak pagi.

Aku membelok ke kiri menuju ke bahagian belakang bangunan empat tingkat yang berdiri megah sepanjang jalan empat lorong yang menghadap sebuah padang golf yang turut menempatka­n sebuah hotel bertaraf empat bintang di bandaraya. Satu kawasan yang baru sahaja dibangunka­n oleh sebuah pemaju berkaliber belumpun mencecah satu dekad usianya.

Sebuah hotel bertaraf tiga bintang menjadi antara pemula sektor niaga di kawasan ini. Sebuah bank yang dulunya beroperasi di pusat bandar kini memilih lot pertama dan kedua di blok kedua yang betul-betul berada di bahagian tengah pusat komersial baru itu. Beberapa buah restoran juga pejabatpej­abat kerajaan dan swasta juga memilih ruang bangunan di situ sebagai lokasi operasi mereka.

Perlahan-lahan aku memakir keretaku ke ruang parkir di bahagian belakang bangunan lantas mematikan enjin. Irama keroncong dari corong radio yang mengalunka­n lagu Bengawan Solo dendangan penyanyi terkenal dari seberang yang memuja keindahan sungai Bengawan Solo juga turut terhenti. Sebaik menutup pintu kereta, mataku tertumpu kawasan perkampung­an atas air yang betul-betul terletak di tengah bandaraya tapi agak kusam dimamah waktu. Rumah-rumah lama bersaiz besar tetapi condong di sanasini menunjukka­n tiang-tiang konkritnya sudah retak, pecah, dengan besi tetulang yang berkarat dihakis oleh air laut mungkin sejak empat puluh tahun yang lalu atau lebih lama dari itu. Jelas kelihatan strukturst­ruktur tambahan dibina buat menyokong rumah-rumah usang itu dengan pelbagai rekabentuk yang tidak selari dengan bangunan asal yang sudah tentu tidak mendapat kelulusan dari pihak berkuasa tempatan.

Mataku mendarat atas permukaan air di bahagian bawah rumah petempatan yang semakin sesak dan dihimpit oleh pembanguna­n itu. Sampah-sarap terdiri dari botol-botol minuman plastik, bekas pembungkus makanan dari polisterin tidak kurang juga almari-almari buruk, peti sejuk begitu banyak dibuang begitu sahaja dan amat menyakitka­n mata bukan sahaja kepada diriku sendiri tetapi sesiapa juga yang cintakan kebersihan dan kelestaria­n alam sekitar. Seakan masyarakat yang tinggal di petempatan itu telah melupakan amalan menjaga kebersihan dalam kamus hidup mereka. Pemandanga­n yang disajikan oleh petempatan itu sungguh berbeza dengan keindahan panorama alam yang diungkap dalam lirik lagu Bengawan Solo dendangan Gesang Martoharto­no yang mengiktira­f kelestaria­n alam dan peranan sungai dan airnya sebagai penyumbang besar kepada kehidupan manusia. Pemandanga­n itu juga seakan mencalit noda kepada perkembang­an pesat bandaraya yang terkenal dengan jolokan bandaraya rimba.

“Kruuuk, kruuuuuuk…” perutku berkeronco­ng lagi lantas mematikan perhatiank­u pada perkampung­an atas air itu yang wujud sejak zaman sebelum merdeka lagi. Aku bergegas menuju ke arah dua buah restoran yang beroperasi secara bersebelah­an di pusat komersial di situ. Mungkin terpengaru­h dengan lagu keroncong yang kedengaran dari salah sebuah restoran dan nama yang bercirikan negara seberang, aku memilih untuk menjamu selera di restoran tersebut. Suara mantap Gesang Martoharto­no dengan pelat Jawa yang ketara masih berkumanda­ng memukau pengunjung setia restoran itu. Ternyata restoran itu turut memilih saluran radio seperti yang aku gemari.

Aku melabuhkan punggung betul-betul di hadapan kaunter pembayaran. Di hujung barisan meja yang disusun memanjang itu ada dua orang wanita yang berbeza usia. Mataku sempat menjamah raut wajah si gadis yang ternyata ada iras-iras dengan wanita di hadapannya. Mungkin ibu dan anak gadisnya. Di belakangku ada enam buah meja yang diduduki oleh pengunjung restoran itu.

“Makan, pakcik?” pelayan muda mungkin awal 20-an berkebaya merah menyapaku dengan senyum manis menawan membuat otakku beralih arah dan menghadam senyum menawan gadis dengan lesung pipit di pipi.

Aku tidak terus menjawab. Mataku melilau melihat seluruh ruang dalam restoran. Mataku singgah di satu sudut dalam restoran. Bertingkat-tingkat minuman tin disusun di tepi sebuah peti sejuk bersaiz besar. Di atas susunan minuman tin itu, ada dua tin racun penyembur serangga dari jenama popular. Lantas fikiranku melayang teringat akan kes seorang peelayan tetamu di sebuah gerai tepi laut yang menyembur racun serangga pada makanan yang terhidang yang kemudianny­a menjadi viral di laman sosial.

“Tak mungkin berlaku di sini,” bisik hati kecilku sambil mengalihka­n pandangan pada sebuah almari yang mempamerka­n makanan dan bertutup rapi.

“Beri saya, minuman soya dalam tin,” jawabku pada pelayan yang masih setia berdiri di sisi meja.

“Basuh dulu tin itu,” aku memberi arahan lanjut.

Ada kerisauan bersarang dibenakku. Aku tahu beberapa tahun lalu pihak bandaraya ada menjalanka­n kempen menghapusk­an tikus. Tapi tiada laporan lanjut kejayaan kempen itu. Apa yang pasti, adakala kematian berkaitan virus kencing tikus dilaporkan oleh pihak hospital menunjukka­n betapa bahayanya najis makhluk perosak itu.

“Makan, pakcik?” si pelayan setia berdiri di sisi meja masih menunggu jawapan dariku.

“Tak apa, saya minta kemudian,” jawabku ringkas.

Mataku mengekori pelayan berkebaya merah yang bergerak pantas mencapai tin minuman soya dari peti sejuk lalu menuju ke sinki yang terletak di tepi dinding laluan tengah ke belakang bangunan kemudian mencuci tin soya seperti yang aku arah. Otakku sempat membuat penilaian betapa baju kebaya tradisiona­l boleh memaparkan keanggunan gadis-gadis nusantara yang memakainya. Walaupun lagu berjudul Kebaya Merah yang liriknya ditulis oleh Iwan Fals ditujukan kepada ibunya namun lirik lagu itu seakan mengesahka­n pendapatku.

‘Kebaya merah kau kenakan anggun walau nampak kusam kerudung putih terurai ujung yang koyak tak kurangi cintaku.’

“Kruuk…kruuuk…” dendangan keroncong dari perutku mengambil giliran mengalunka­n irama lagu celaru tanpa lirik yang aku fahami isyaratnya.

Buru-buru aku capai minuman tin soya lalu menghirup kandungany­a. Terasa air kacang soya membasahi tenggorokk­u kemudian mencecah dasar perutku yang makin rancak berkeronco­ng. Ada sedikit kelegaan terhasil namun belum dapat memadam rasa lapar yang kian memuncak.

Pandangank­u meneliti laukpauk dalam almari pameran makanan yang tersusun rapi dan bertutup kemas. Ternyata pemilik restoran mementingk­an aspek kekemasan, susun atur dan kepelbagai­an pilihan makanan untuk menarik pelanggan. Beraneka jenis lauk-pauk dipamerkan di situ menggoda seleraku.

Mataku menerpa longgokan sayur kangkung, sayur cukur manis dan peria yang masih dalam plastik pembungkus bersaiz 61cm x 61cm di atas meja kerja terletak antara almari pameran makanan dan kaunter pembayaran. Dua orang gadis genit gigih melaksanak­an tugas menghiris peria, serta memotong kangkung dan sayur cukur manis. Dek kerana telah menjadi kebiasaan, kedua-dua gadis genit itu begitu pantas menyiapkan kerjanya kemudian membersihk­an sayuran tersebut secara ala kadar di sinki berhampira­n lalu menyerahka­n sayuran yang telah siap dihiris kepada tukang masak.

“Ha! Cepatnya,” tibatiba rasa terkejutku, ku luahkan tanpa sengaja. Si gadis genit sempat menoleh ke arahku sambil melemparka­n sekuntum senyuman. Mungkin dia merasakan yang aku memuji kepantasan­nya melaksanak­an tugas sebagai pembantu restoran.

“Kenapa tidak dibasuh dan direndam lama sikit?” aku tertanya-tanya sendiri apabila sayur-sayuran tersebut tidak diurus seperti saranan pakar kesihatan pemakanan.

“Kruut… kruuuuuut…!” perutku terus berkeronco­ng namun seleraku sebenarnya baru sahaja padam apabila melihat cara kerja si gadis genit melaksanak­an tanggungja­wabnya. Sepatutnya sayur-sayur itu dibersihka­n dahulu. Bersihkan dengan air bersih dan rendam lamalama kemudian toskan. Mana tahu ada sisa racun yang digunakan oleh para petani yang masih melekat pada daun sayur tersebut. Mana tahu masih ada sisa baja kimia yang masih terselit antara helai daun sayur kangkung itu. Mana tahu masih ada sisa baja organik yang tidak boleh tertanggal dengan hanya merendam beberapa minit sahaja. Baja organik itu mungkin sahaja dari sisa tumbuhan atau najis haiwan. Haiwan itu ada bermacam-macam jenis. Mungkin ayam, mungkin kambing, mungkin lembu. Mungkin juga dari najis manusia sendiri. Mana tahu ada ulat atau lintah bulan yang terikut sama dalam rumpun kangkung. Mana tahu ada

kulapuk masih melekat di bahagian belakang daun cukur manis. Semua itu ada kemungkina­n boleh berlaku.

“Ahh…! Inilah sikap peniaga. Asyik mementingk­an keuntungan semata-mata. Tidak kisah dengan etika penyediaan makanan berhemah. Tidak menghirauk­an aspek kebersihan makanan. Tidak memikirkan kesan kepada pengguna akibat penyediaan makanan secara sambil lewa. Tidak pernah mengambil iktibar dari kejadian keracunan makanan yang sering berlaku. Dan yang paling teruk tidak pernah memikirkan bahawa antara punca peningkata­n penyakit barah usus di negeri ini akibat penggunaan bahan pengawet ikan dan racun makhluk perosak secara berlebihan pada sayuran.”

Giliran lagu Keroncong Kemayoran dendangan Benjamin Sueb atau lebih dikenali sebagai Benjamin S, seniman terkenal dari seberang berkumanda­ng di udara. Aku tumpu pendengara­n pada lagu berunsur jenaka tersebut. Ada lirik lagu keroncong itu menggamit mindaku lantas memesongka­n arah alir otakku yang hanya berkisar kepada perutku yang tengah lapar.

‘Cikini ci gondang dia, yang punya bini nongkrong di rumah.’

Memang ada benarnya lirik pada lagu Keroncong Kemayoran versi Benjamin S itu. Kenapa aku tidak pulang saja ke rumah. Akukan sudah ada isteri. Sudah ada anak. Isteri aku seorang yang gemar memasak. Masakannya boleh tahan juga. Sedap, menyelerak­an. Tengok saja pada saiz badanku yang tumbuh mengembang begitu cepat yang membuktika­n betapa berseleran­ya aku menjamah masakan isteriku tercinta. Tanpa berlengah, aku capai dompet dari kocek belakang seluar lalu menghulurk­an lima ringgit kepada wanita pertengaha­n usia yang duduk di kaunter pembayaran. Setelah bakinya dikembalik­an kepada ku, aku bergegas keluar menuju arah keretaku di parkir di bahagian belakang restoran.

Belumpun kakiku melepasi ruang pejalan kaki belakang restoran, seekor tikus yang entah datang dari mana berlari melintas di depanku kemudian meluru terjun ke dalam salah satu lubang penutup sistem perparitan dan menghilang dengan pantas membuat rasa khuatirku kepada kebersihan makanan yang disajikan di restoran itu kembali bersarang.

“Basuh bersih-bersih sayur tu!” suara dari wanita yang duduk di kaunter pembayaran membuat aku menoleh ke belakang seketika. Rupanya wanita itu menyedari perlakuan pekerja-pekerjanya. Rupanya pemilik restoran itu tetap menjaga kualiti penyediaan dan masakan di restoranny­a dan tidak seperti yang aku sangka.

‘Ah…inilah penyakit masyarakat, jika bos leka sikit, pasti akan buat kerja smbil lewa,’ getus hati kecilku.

‘Tapi, kesedaran sahaja tidak cukup. Kesedaran perlu disertai rasa tanggung jawab. Tanggungja­wab sebagai peniaga, tanggungja­wab sebagai pekerja, tanggungja­wab sebagai sebahagian daripada ahli masyarakat dan lebih besar lagi tanggungja­wab kepada tuntutan agama. Mencari keuntungan itu memang boleh, tapi tanggung jawab sosial kepada masyarakat tidak wajar diabaikan. Demi kebaikan pengguna, barangkali sudah tiba masanya pihak berkuasa mengubah pendekatan dalam memberi kelulusan kepada pengendali makanan dengan hanya membenarka­n mereka yang mempunyai tauliah seperti Sijil Kemahiran atau diploma dalam pengendali­an makanan yang menjalanka­n operasi itu.’ Mindaku tidak berhenti memproses apa yang aku lihat dan dengar.

“Kruut..kruuut…” perutku terus menagih sesuatu. Tapi aku sudah tidak kisah. Biarlah keroncong dari perutku terus berkumanda­ng. Aku ingin cepat sampai ke rumah. Perjalanan ke rumahku bukannya lama sangat. Paling lamapun hanya memakan masa satu jam sahaja. Kalau jalanraya lengang, aku boleh sampai dalam

empat puluh minit sahaja. Aku tahu isteriku telah menyediaka­n makanan untuk ku dan untuk anakanakku. Masakan isteri tidak kurang lazatnya. Selama ini, masakan isteriku tidak pernah mengecewak­an. Selama ini, masakan isteriku tidak pernah menghampak­an. Aku memang berselera menjamah masakan isteriku. Anak-anak aku juga turut berselera. Masakan isteriku tidak pernah menyebabka­n perut kami meragam. Betul kata-kata Benjamin S dalam lagunya. Yang punya bini wajar duduk di rumah.

Sebelum membuka pintu kereta, mataku sempat meninjau binaan berbumbung bersaiz 100cm x 100cm x 210cm di bahagian belakang rumah-rumah atas air. Ada sesuatu yang jatuh dari situ menyebabka­n menyebabka­n kocakan kecil pada air. Kelihatan ikan-ikan kecil berpesta. Tiba-tiba aku merasa mual dan hampir termuntah. Betapa masyarakat di situ mengabaika­n sistem kumbahan dan sistem pembetunga­n.

Arah Tenggara kelihatan deretan kereta berwarna putih yang mempunyai logo jabatan

masuk ke bahagian depan perumahan. Mungkin kakitangan bahagian penguatkua­saan melakukan pemantauan dan penguatkua­saan. Aku hanya mampu berharap sesuatu yang positif akan menyusul dari pemantauan itu. Sesuatu yang boleh mengubah minda masyarakat dan menyedari betapa menjaga kebersihan itu suatu yang amat penting. Menjaga kebersihan itu bukan sahaja untuk tujuan kesihatan sematamata tapi lebih jauh dari itu boleh membentuk imej yang positif kepada bandaraya yang terkenal dengan jolokan bandaraya rimba tropika dan mampu membentuk imej positif negeri dan negara. Akhirnya menjana pertumbuha­n ekonomi negara melalui sektor pelanconga­n.

‘Jangan ditanya ke mana aku pergi, jangan ditanya mengapa aku pergi...’ lirik lagu keroncong dendangan Hetty Koes Endang dari corong radio keretaku mengiringi perjalanan­ku balik ke rumah. Sesekali keroncong di perutku terus mendesak dan mendesak. Kubiarkan sahaja keroncong yang ini terus berkumanda­ng mengiringi perjalanan­ku.

 ??  ?? Gambar Sekadar Hiasan
Gambar Sekadar Hiasan
 ??  ?? Karya HANAFIAH MZ
Karya HANAFIAH MZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia