Utusan Borneo (Sabah)

Pusaka pergiat kajian bangun potensi komersil buluh

-

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) sedang meneroka industri buluh sebagai salah satu industri yang berpotensi dibangunka­n di Sarawak.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, bagi tujuan itu PUSAKA akan mempergiat­kan kajian kepelbagai­an buluh sebagai industri yang berpotensi untuk dikomersil­kan.

“Di China misalnya, ada satu tempat yang dikenali sebagai Anji di mana keseluruha­n bandar tersebut telah melalui transforma­si hanya kerana buluh.

“Buluh bukan sahaja digunakan untuk membuat perabot tetapi juga lantai, kain mandi, selimut malah pakaian dalam juga boleh dibuat daripada buluh,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaia­n Sumbangan Derma Tahunan daripada Pusaka dan anak-anak syarikat kepada 61 pertubuhan kebajikan dan badan bukan kerajaan (NGO) di Dewan Seminar, Wisma Sumber Alam di sini pada Jumaat.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua menambah, Sarawak mempunyai potensi untuk membangunk­an industri buluh.

Sebab itu katanya, PUSAKA mahu melihat bagaimana mereka dapat mengembang­kan lagi industri buluh ini.

“Kita mempunyai kawasan tanah yang luas untuk tujuan ini dan banyak lagi industri lain yang dapat kita usahakan selain industri buluh dan perkayuan,” tambahnya.

Terdahulu dalam ucapannya, Awang Tengah berkata PUSAKA kini tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada eksport kayu primer seperti papan lapis, venir, kayu bergergaji dan lain-lain.

“Tumpuan pada masa ini ialah memperkasa­kan industri hiliran yang bernilai tinggi berbanding dengan industri huluan.

“Justeru, kita berharap mereka yang terlibat dalam industri ini terutama pihak swasta agar sama-sama perkasakan industri perkayuan kita terutama industri hiliran.

“Saya percaya, industri perkayuan dapat terus berkembang sekali gus menyumbang pendapatan tinggi kepada Sarawak serta peluang pekerjaan kepada rakyat,” ujarnya.

 ??  ?? AWANG Tengah (kanan) bersalaman dengan wakil-wakil pertubuhan kebajikan dan NGO yang menerima sumbangan daripada Pusaka.
AWANG Tengah (kanan) bersalaman dengan wakil-wakil pertubuhan kebajikan dan NGO yang menerima sumbangan daripada Pusaka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia