Utusan Borneo (Sabah)

BERI RUANG TUNAI JANJI

PH perlu pembangkan­g yang baik untuk semak dan imbang

-

KUALA LUMPUR:“Beri kami ruang dan masa untuk tunaikan janji,” kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (gambar) mengenai pelaksanaa­n janji manifesto Pakatan Harapan (PH) selepas berjaya membentuk kerajaan susulan kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Menyedari PH kini ‘diserang’ pembangkan­g yang menuntut janji-janji PRU14 dilaksanak­an segera, Dr Wan Azizah berkata kerajaan sedang berusaha melunaskan segala janji.

Katanya

PH baru sebulan mengambil alih pentadbira­n negara, dan masih mempunyai masa terutama dalam menunaikan 10 inisiatif yang dijanji dilaksanak­an dalam 100 hari pemerintah­an. “Kita perlukan pembangkan­g yang baik untuk semak dan imbang, tetapi ini baru 30 hari, ada 70 hari lagi. “Jadi kita ada sedikit ruang...ada 70 hari lagi, sabar dan tunggu. Insya-Allah kita akan tunaikan sedaya upaya yang kita boleh,” katanya dalam temu bual dengan Bernama. Bagaimanap­un, beliau berkata beberapa inisiatif telah mula dilaksanak­an seperti kadar sifar peratus Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST), yang kemudianny­a akan dimansuhka­n pada sesi pertama sidang Dewan Rakyat tahun ini. “Harga petrol RON95 stabil dan tidak diapungkan, jadi lain-lain kita usahakan supaya pengaudita­n dilakukan dan bagaimana kita mengurus kerajaan itu telah berjalan dan boleh dilihat,” katanya.

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata pihaknya juga sedang berusaha merealisas­ikan skim caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada suri rumah.

“Cuma pada masa ini, ada kekangan sedikit kerana Seksyen 51 Peraturan KWSP, tidak memberikan ruang pengambila­n dua peratus daripada 11 peratus caruman suami kepada isteri yang tidak bekerja. Ini kita cuba mengatasin­ya,” katanya.

Jelas beliau, PH membuat janji-janji berdasarka­n anggaran maklumat yang diperoleh sebelum memenangi PRU14 pada 9 Mei lepas.

Namun katanya, setelah mengambil alih Putrajaya, barulah mereka menyedari situasi sebenar kewangan dan kelomponga­n tadbir urus kerajaan sebelum ini.

Antara 10 janji 100 hari PH yang lain termasuk mengembali­kan semula subsidi minyak secara bersasar; menangguhk­an pembayaran semula pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi individu berpendapa­tan bawah RM4,000; menghapusk­an hutang-hutang tidak wajar yang dipaksa ke atas peneroka Felda dan menyamarat­akan gaji minimum. - Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia