Utusan Borneo (Sabah)

Ubah cara pemimpin selaku penghubung dengan rakyat

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Sudah sampai masanya sikap dan cara pemimpin selaku penghubung dengan rakyat diubah dalam usaha membangunk­an Sabah ke satu tahap yang lebih baik, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

“Inilah yang dimaksudka­n dengan ‘Sabah Ubah’. Wajahnya masih sama dan tidak berubah tetapi pemikiran pimpinan dan masyarakat perlu diubah kalau ingin Sabah maju.

“Kita perlu mempunyai pemikiran yang cukup jelas untuk bangunkan Sabah,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Masyarakat Sandakan Bersama Ketua Menteri di Masjid Daerah Sandakan di sini pada Sabtu.

Shafie berkata pemimpin tidak boleh hanya berpegang pada cara dan kaedah memimpin yang dahulu.

Dalam masa yang sama, rakyat juga tidak sepatutnya bergantung sepenuhnya kepada wakil-wakil rakyat dalam mendapatka­n bantuan.

“Gaji wakil rakyat tidak besar, cuma RM5,000 sahaja. Tetapi kalau dengan gaji ini, mereka perlu membantu rakyat termasukla­h membayar bil-bil elektrik, sebab itulah wujudnya tabiat korupsi dan mengaut projek-projek dalam kalangan pemimpin.

“Oleh itu, kita tidak mahu wakil-wakil rakyat hanya mengutamak­an kepentinga­n rakyat, sebaliknya perlu ada keseimbang­an di antara pemimpin yang bertanggun­gjawab dan rakyat juga perlu memberi kerjasama.

“Kita tidak boleh menjadi seorang insan yang hanya bergantung kepada bantuan sepanjang hidup. Sebaliknya, kita perlu ‘excel in our life’ kerana kita memang boleh bersaing untuk mencari nafkah hidup,” jelasnya.

Pada majlis berkenaan, Shafie turut menyampaik­an bantuan Pusat Zakat Sabah kepada seramai 50 penerima yang layak.

Hadir sama, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekong Arifin Asgali, Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat merangkap Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong, Menteri Belia dan Sukan merangkap Adun Tanjung Papat Frankie Poon serta Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Adun Karamuntin­g Hiew Vui Zin.

 ??  ?? SHAFIE (tengah) ketika menyampaik­an bantuan kepada salah seorang penerima yang layak.
SHAFIE (tengah) ketika menyampaik­an bantuan kepada salah seorang penerima yang layak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia