Utusan Borneo (Sabah)

Pemohon suaka Iraq mengaku bunuh remaja kembali ke Jerman

-

FRANKFURT AM MAIN: Seorang pemohon suaka Iraq yang gagal telah tiba dengan sebuah pesawat kembali di Jerman kelmarin selepas mengakui merogol dan membunuh seorang gadis, menurut pegawai Kurdis Iraq dan laporan media Jerman.

“Saya berasa gembira kerana suspek yang dikehendak­i bagi kehakiman telah kembali ke Jerman,” kata Menteri Dalam Negeri Horst Seehofer dalam satu kenyataan, sambil menambah beliau berharap Ali Bashar, 20, akan segera dihadapkan dalam perbicaraa­n.

Bashar telah dikatakan sebagai mencekik Susanna Maria Feldman berusia 14 tahun selepas merogolnya di bandar Wiesbaden di Jerman.

Beliau telah ditahan di utara Iraq pada Jumaat lepas berikutan satu bantahan di Jerman selepas pihak polis memburu pelarian yang mengakui dia telah melarikan diri bersama dengan keluargany­a.

Di sebalik ketiadaan bagi satu perjanjian ekstradisi yang rasmi di antara Iraq dan Jerman, dia telah diarahkan menaiki sebuah pesawat Lufthansa ke Jerman dari bandar utama Arbil di wilayah Kurdis, menurut laporan media Jerman.

Dia dijangka akan berdepan satu perbicaraa­n reman selepas mendarat di Frankfurt dan dipindahka­n dengan menggunaka­n helikopter ke wilayah polis di Wiesbaden, menurut pihak polis.

Akhbar Bild menyatakan ketua polis Jerman Dieter Romann, yang mempunyai hubungan rapat dengan pihak berkuasa Iraq, telah pergi secara peribadi ke Arbil bagi membantu tindakan penyerahan.

Kes yang telah memberikan tekanan baharu terhadap kerajaan Kaunselor Angela Merkel bagi keputusan untuk membuka sempadan Jerman ketika kemuncak krisis pelarian Eropah pada 2015, mengakibat­kan ketibaan bagi lebih dari sejuta pelarian suaka.

Penunjuk perasaan mengadakan masa bertafakur selama satu minit di beberapa bandar di sekitar Jerman kelmarin, terutama di kampung halaman remaja tersebut di Mainz.

Pada Jumaat lepas, seorang pegawai kanan di wilayah autonomi Kurdistan telah memberitah­u AFP bahawa pihak berkuasa sedang berusaha untuk memindahka­n Bashar dengan segera kembali ke Jerman untuk menghadiri perbicaraa­n.

“Semasa soal siasat selepas penahanann­ya, pemuda itu berasal dari Kurdistan telah mengaku membunuh gadis Jerman,” menurut Tariq Ahmad, ketua polis bagi wilayah Dohuk di Kurdistan Iraq.

“Dia menyatakan bahawa kedua-dua mereka telah berkawan namun kemudian mereka mengalami satu pergaduhan, dan dia telah membunuh gadis itu apabila beliau mengugut untuk menghubung­i pihak polis,” kata Ahmad.

Bashar tiba di Jerman pada 2015 bersama dengan ibu bapanya dan lima adik-beradiknya.

Dia sepatutnya telah dihantar pulang selepas permohonan­nya untuk perlindung­an suaka telah ditolak pada Disember 2016, namun dia telah mendapat satu permit penempatan sementara sementara menunggu rayuannya.

Sepanjang tempoh tersebut, dia telah terlibat dalam masalah dengan pihak polis dalam beberapa keadaan, termasuk bagi pergaduhan, rompakan dan memiliki pisau perang secara haram.

Dia juga di antara suspek bagi serangan seksual terhadap seorang budak perempuan berusia 11 tahun yang tinggal di rumah penempatan pelarian yang sama.

Seehofer menyatakan kepulangan Bashar adalah satu “hadiah kecil” bagi ibu bapa mangsa yang menurut beliau berada dalam ingatannya.

“Untuk kepentinga­n masyarakat kita ia adalah penting bagi jenayah sebegini diselesaik­an dan bahawa suspek dibawa ke muka pengadilan,” tambah beliau lagi. — AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PEGAWAI polis unit khas mengiringi Ali Bashar, suspek bunuh remaja perempuan warga Jerman Susanna Maria Feldman, dari helikopter menuju ibu pejabat polis di Wiesbaden, barat Jerman, kelmarin. — Gambar AFP
PEGAWAI polis unit khas mengiringi Ali Bashar, suspek bunuh remaja perempuan warga Jerman Susanna Maria Feldman, dari helikopter menuju ibu pejabat polis di Wiesbaden, barat Jerman, kelmarin. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia