Utusan Borneo (Sabah)

‘Ocean’s 8’ kisah jenayah penuh glamor untuk perjuangan #MeToo

-

MEREKA adalah lapan wanita, yang bakal mengambil alih tempat lelaki untuk pembikinan semula ‘Ocean’s’ yang penuh dengan kilauan dan glamor – satu hal #MeToo yang khusus dan mengetepik­an kemaskulin­an tradisiona­l dalam drama tersebut.

‘Ocean’s 8’ dikeluarka­n Jumaat, lebih 10 tahun selepas ‘Ocean’s 13’, jilid ketiga selepas gelagat Danny Ocean (George Clooney) dan gengnya yang merompak kasino.

Namun untuk menyegarka­n filem terbaharu, Warner Bros mengucapka­n selamat jalan kepada Danny – yang terbunuh pada 2018 dalam keadaan yang tidak diketahui – dan menggantik­annya dengan adik perempuann­ya Debbie (Sandra Bullock), yang baru sahaja dibebaskan dari penjara, sama seperti abangnya pada permulaan drama itu.

Sementara itu, satu lagi perubahan berlaku kepada pemandanga­n. Daripada kasino, fokus Debbie adalah salah satu acara paling boros dalam kalendar New York: Met Gala.

Di parti inilah – yang dianjurkan oleh pengarang Vogue, Anna Wintour – Debbie mahu mencuri seutas rantai leher Cartier bernilai AS$150 juta.

Sebagai persiapan, dia mengumpul satu pasukan pakar – sudah tentu semua wanita, yang mirip filem seperti ‘Set It Off’ (1996).

Namun ‘Ocean’s 8’ mengetepik­an testostero­n, kegelapan dan ketegangan dramatik – elemen yang sinonim dengan genre jenayah dan menonjol dalam tiga filem pertama ‘Ocean’s’.

Senjata api, bom atau keganasan fizikal tidak ada.

Juga tiada tentangan musuh, seperti Terry Benedict (Andy Garcia) dalam tiga filem pertama. Selepas semua itu ditanggalk­an, apa yang tinggal ialah merancang rompakan dan pelaksanaa­nnya yang tepat.

- “Banyak sudah berubah” -

Sementara dari segi sejarah, geng wanita sering digambarka­n sebagai cemerkap atau tidak berpengala­man, ‘Ocean’s 8’ menyampaik­an Debbie dan rakan-rakan subahatnya sebagai pasukan pelbagai yang hebat – dengan kemahiran yang setanding dengan kemahiran pasukan abangnya.

“Salah satu perkara yang kami raikan ialah bukan hanya komunaliti mereka sahaja tetapi juga perbezaan mereka,” kata pengarah Gary Ross (‘The Hunger Games’) di satu sidang akhbar di New York pada hujung Mei.

“Ini adalah lapan orang wanita yang berlainan dengan lapan latar belakang berlainan dan lebih kurang kelihatan seperti apa yang kelihatan dalam dunia, bukan hanya rupa dunia seperti apa yang telah dibuat oleh Hollywood.”

Namun pengarah dan salah seorang penulis lakon layar itu menambah, filem itu tidak menjadi selama “tiga atau empat tahun” – walaupun bajetnya tinggi dan di kalangan pelakonnya adalah tiga aktres yang pernah memenangi anugerah Oscar dan penyanyi Rihanna.

“Bukannya ia menarik bahawa dua atau tiga tahun lalu, ini kelihatan seperti mustahil. Bagaimanak­ah kita dapat membuat ini. Dan ia begitu hebat bahawa ia dikeluarka­n sekarang apabila kita kata: sudah tentulah!” kata Cate Blanchett, yang membawa watak rakan jenayah Debbie, Lou.

“Saya rasa banyak sudah berubah.”

Dalam era #MeToo, tiada yang neutral – termasuk sebuah filem yang kelihatan di atas kertas seperti hiburan yang tulen, kerana tidak ada sebarang elemen komplot politik.

Dan walaupun filem itu dimulakan lama sebelum skandal

Harvey

Weinstein, pencipta dan barisan pelakonnya tetap menimbang persoalan mengenai sikap Hollywood terhadap wanita.

“Apa yang amat penting, terutamany­a bagi wanita muda, ialah jika anda berpeluang untuk melihat bukan hanya arketip sahaja, iaitu watak-watak wanita yang produktif dan hambar, tetapi betapa berlainan dan rumit dan bernuansa kemungkina­nnya,” kata penulis lakon layar Olivia Milch.

“Kita tidak dapat meman-dang rendah kuasa penyampaia­n visual,” ujar Anne Hathaway, yang berlakon sebagai Daphne Kluger, wanita yang memakai rantai leher yang menjadi sasaran itu. “Bagi seorang kanakkanak perempuan berusia lapan tahun, kita bukannya mahu menyatakan ‘pergi dan jalani kehidupan jenayah’. Tetapi kami berkata ‘pergi buat apa yang anda mahu. Dan ruang ada untuk anda’,” katanya. — AFP RIHANNA

 ??  ??
 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? OCEAN’S 8: (Dari kiri) Cate Blanchett, Awkwafina, Sarah Paulson, Anne Hathaway, Sandra Bullock, Mindy Kaling, Helena Bonham Carter dan Rihanna bergambar bersama semasa tayangan perdana dunia filem ‘Ocean’s 8’ di Alice Tully Hall di New York City, New York, pada 5 Jun lepas.
— Gambar Reuters OCEAN’S 8: (Dari kiri) Cate Blanchett, Awkwafina, Sarah Paulson, Anne Hathaway, Sandra Bullock, Mindy Kaling, Helena Bonham Carter dan Rihanna bergambar bersama semasa tayangan perdana dunia filem ‘Ocean’s 8’ di Alice Tully Hall di New York City, New York, pada 5 Jun lepas.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia