Utusan Borneo (Sabah)

Bazar Ramadan Dataran Labuan tumpuan ramai pengunjung

Ditandai pengunjung berpakaian ‘coverall jacket’

- Oleh HENRY BATING

TERDAPAT pelbagai tempat bazar Ramadan di seluruh pulau berkeluasa­n kira-kira 98 kilometer ini, namun Bazar Ramadan Dataran Labuan tampil istimewa kerana menjadi pusat pekerja industri berpakaian ‘coverall jacket’ membeli makanan untuk bidangan berbuka puasa.

Bukan sekadar pengunjung beragama Islam, kalangan pengunjung beragama lain turut menjadi tetamu Bazar Ramadan Dataran Labuan pada setiap petang untuk membeli hidangan malam bagi keluarga mereka.

“Tempat ini paling dekat untuk saya,” kata Limin, seorang pekerja industri perkapalan yang enggan disiarkan nama penuhnya.

Limin merupakan tenaga kerja dalam industri yang terletak di sekitar pelabuhan Labuan sambil menyatakan dia selesa singgah di Bazar Dataran Labuan meskipun di Taman Mutiara, perumahan tempat tinggalnya kira-kira 12 kilometer dari situ mempunyai bazar.

Kalangan pekerja pelbagai sektor industri di Labuan ditandai oleh pakaian kerja ‘coverall jacket’ berwarna biru, merah atau kuning mengikut warna pilihan tempat mereka bekerja.

Coverall jacket merupakan pakaian kerja sektor industri kolar biru, yang berlengan panjang dengan baju bersambung seluar dan dipasangka­n dengan kasut but kulit bertapak keras.

Kalangan pekerja yang masih berpakaian coverall jacket itu pada kebiasaann­ya kelihatan berkunjung dari satu gerai ke gerai lain secara berkumpula­n.

Terdapat juga waktu tertentu golongan pekerja itu berjalan berkumpula­n tetapi dengan warna coverall jacket yang berbeza yang menunjukka­n mereka bekerja di sektor industri yang berbeza.

Bazar Ramadan Dataran Labuan terletak dalam kawasan halaman bangunan Perbadanan Labuan, bangunan kosong Hotel Labuan dan padang Dataran Labuan.

Atas sifat bazar ini yang terletak di bandar, maka Bazar Ramadan Dataran Labuan lebih ramai penjual dan pengunjung berbanding beberapa bazar lain yang ada di sini seperti di Taman Mutiara, Layangan, Tanjung Aru, Pancur Hitam, Jalan Pantai dan beberapa lagi tempat lain.

Hidangan yang dijual di bazar berkenaan juga pelbagai yang terdiri daripada hidangan ringan, minuman, hidangan ‘ala carte’, makanan panggang dan hidangan goreng.

Suasana di Bazar Ramadan Dataran Labuan agak selesa untuk pengunjung bergerak dari satu lorong ke lorong yang lain kerana terlindung di bawah pepohonan rimbun berusia ratusan tahun.

Terdapat juga tempat duduk pengunjung kerana bazar ini benar-benar terletak di taman santai petang yang turut menyediaka­n sudut khas persembaha­n lagu-lagu hiburan yang dibawakan oleh kumpulan ‘Island Buskers’.

Penyanyi iringan muzik ‘busking’ ini turut menerima permintaan pengunjung untuk menyanyika­n lagulagu kegemaran mereka dan sebagai ungkapan terima kasih, pengunjung boleh menghulur wang seadanya ke dalam bekas yang tersedia.

Taman di Dataran Labuan yang menjadi tapak bazar Ramadan memiliki empat lorong bentuk berpalang di mana dua lorong adalah berkembar manakala lorong lain sehala.

 ??  ??
 ??  ?? LALUAN
(Gambar kanan) ISLAND Buskers meriahkan Bazar Dataran Labuan. (Gambar atas) bawah rimbunan pepohonan klasik di Dataran Labuan.
LALUAN (Gambar kanan) ISLAND Buskers meriahkan Bazar Dataran Labuan. (Gambar atas) bawah rimbunan pepohonan klasik di Dataran Labuan.
 ??  ?? (Gambar atas) berkembar barat di Dataran Labuan. LALUAN
(Gambar atas) berkembar barat di Dataran Labuan. LALUAN
 ??  ??
 ??  ?? LALUAN barat Dataran Labuan. PEKERJA industri di Bazar Ramadan Dataran Labuan.
LALUAN barat Dataran Labuan. PEKERJA industri di Bazar Ramadan Dataran Labuan.
 ??  ??
 ??  ?? BAZAR Ramadan Dataran Labuan tawar pelbagai hidangan.
BAZAR Ramadan Dataran Labuan tawar pelbagai hidangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia