Utusan Borneo (Sabah)

Penganggur ditahan selepas bunuh lelaki di Jepun

- Berkelajua­n tinggi Nozomi 265 kelihatan selepas kereta api tersebut membuat persinggah­an kecemasan berikutan serangan berlaku di stesen Odawara, Kanagawa semalam.

TOKYO: Seorang lelaki telah ditangkap di tengah Jepun selepas menikam seorang sehingga mati dan mencederak­an dua orang lagi di dalam sebuah kereta api berkelajua­n tinggi pada malam kelmarin, satu serangan kejam yang jarang berlaku di negara Asia.

Suspek, dikenali sebagai Ichiro Kojima, telah menyerang mangsa-mangsa tersebut pada kira-kira jam 10 malam waktu tempatan di dalam kereta api ‘shinkansen’ yang dalam perjalanan dari Tokyo ke sebuah stesen di Osaka, menurut pihak polis dan laporan berita.

Anggota polis telah menyerbu masuk ke dalam gerabak kereta api dan menangkap lelaki itu selepas kereta api tersebut, membawa kira-kira 880 penumpang, melakukan satu persinggah­an kecemasan di stesen Odawara.

Pihak polis telah menahan suspek seorang penganggur berusia 22 tahun kerana disyaki bagi cubaan membunuh, seorang jurucakap polis tempatan memberitah­u AFP.

“Seorang penumpang lelaki telah dihantar ke hospital dan kematianny­a telah disahkan kemudian,” jelas jurucakap berkenaan.

Laporan berita menyatakan dua wanita yang kelihatan dalam lingkungan usia dua puluhan telah mengalami kecederaan namun tidak membahayak­an nyawa.

Suspek memberitah­u pihak penyiasat bahawa dia berasa “kecewa dan ingin untuk membunuh seseorang”, menurut pihak penyiaran awam NHK, sambil menambah bahawa dia telah menggunaka­n sekurang-kurangnya dua bilah pisau.

Beberapa saksi menyatakan para penumpang telah melarikan diri dalam keadaan panik, sebahagian daripada mereka telah menangis.

“Dengan tiba-tiba, ramai penumpang yang berlari dari belakang. Orang berada dalam keadaan panik,” seorang penumpang lelaki berusia 44 tahun memberitah­u Mainichi Shimbun.

“Semua orang kelihatan sebagai merasai tekanan dan beberapa orang dari mereka telah menangis,” jelas beliau.

Seorang penumpang wanita memberitah­u NHK: “Semua orang melarikan diri dan jatuh seperti sebiji domino yang tumbang menimpa satu sama lain. Saya berasa takut bagi kematian.”

Jepun mempunyai salah satu dari kadar paling rendah bagi jenayah kejam di negara membangun dan serangan beramai-ramai adalah sangat jarang berlaku.

Pada 2015, seorang lelaki telah membakar dirinya sendiri di dalam sebuah kereta api berkelajua­n tinggi yang bergerak, membunuh dirinya sendiri dan seorang wanita dalam satu insiden yang tidak dijangkaka­n. — AFP

 ??  ?? KERETA API — Gambar AFP
KERETA API — Gambar AFP
 ??  ?? ICHIRO KOJIMA
ICHIRO KOJIMA
 ??  ?? PEGAWAI polis berjalan keluar membawa troli di stesen Odawara, Kanagawa semalam, selepas memeriksa kereta api berkelajua­n tinggi di lokasi kejadian bunuh. — Gambar AFP
PEGAWAI polis berjalan keluar membawa troli di stesen Odawara, Kanagawa semalam, selepas memeriksa kereta api berkelajua­n tinggi di lokasi kejadian bunuh. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia