Utusan Borneo (Sabah)

Pendidikan aset penting, main peranan bangunan masyarakat

Main peranan demi pembanguna­n masyarakat

- Oleh YAP SIONG HAN

PENAMPANG: Pendidikan memainkan peranan penting kepada semua masyarakat di Sabah bagi memajukan diri masing-masing.

Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Jenifer Lasimbang berkata,pendidikan­adalahsatu aset penting untuk mengubah masa depan diri, keluarga dan negeri ini amnya.

“Kita mempunyai kerajaan baharu... saya melihat ini adalah masanya untuk kita bersama-sama membangunk­an Moyog, Penampang dan Sabah.

“Pendidikan bukan sahaja memberi manfaat kepada diri sendiri tetapi juga mampu membantu golongan yang susah,” katanya ketika merasmikan Pesta Kaamatan dan Hari Keluarga Sekolah Kebangsaan Moyog, di sini pada Sabtu.

Jenifer yang juga Adun Moyog turut menggesa ibu bapa agar mengutamak­an pendidikan anak-anak mereka.

“Saya tahu kesukaran ibu bapa untuk menyekolah­kan anak-anak, bantuan akan sentiasa ada tetapi apa yang penting adalah niat untuk menyekolah­kan anak-anak bagi memastikan mereka boleh melakukan yang terbaik dalam kehidupan mereka.

“Percayalah bahawa hanya melalui pendidikan boleh mengubah kehidupan keluarga. Terutamany­a di zaman sains dan teknologi ini, ibu bapa bukan sahaja berperanan untuk mendidik anak di rumah tetapi juga harus memastikan anak mereka cemerlang dalam pendidikan di samping mempunyai sahsiah yang baik,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Jenifer turut menyentuh mengenai komitmen kerajaan negeri yang diketuai oleh Parti Warisan Sabah (Warisan) dalam memberi tumpuan kepada kebajikan rakyat, terutamany­a dalam bidang pendidikan untuk melahirkan insan yang berguna kepada masa depan keluarga dan negara.

Hadir sama ialah Pegawai Pendidikan Daerah Penampang Mojuntin Ebin, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Moyog Mary Giosing serta tetamu kehormat yang lain.

“Pendidikan bukan sahaja memberi manfaat kepada diri sendiri tetapi juga mampu membantu ” golongan yang susah. JENIFER LASIMBANG Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi

 ??  ?? JENIFER (dua kanan) menerima cendera kenangan daripada Mary, turut kelihatan ialah Mojuntin (kanan).
JENIFER (dua kanan) menerima cendera kenangan daripada Mary, turut kelihatan ialah Mojuntin (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia